Connect with us

Antarabangsa

Seorang maut, lima cedera dalam kejadian tembakan masjid di Lubnan

Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah masjid di timur Lubnan menyebabkan seorang maut dan lima lain cedera, kelmarin, kata tentera Lubnan dan agensi berita negara. 

Fariesha Amirnudin

Published

on

Seorang maut, lima cedera dalam kejadian tembakan masjid di Lubnan
Foto: Gambar tentera Lubnan di bandar timur Bar Elias, Lubnan.
  • Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah masjid di timur Lubnan menyebabkan seorang maut dan lima lain cedera, kelmarin, kata tentera Lubnan dan agensi berita negara. 
  • Menurut laporan Yahoo! News, motif di sebalik kejadian tembakan di bandar timur Bar Elias, Lubnan itu masih tidak jelas.
  • Tentera Lubnan mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa lelaki bersenjata itu melepaskan tembakan ke arah sekumpulan orang awam ketika mereka meninggalkan masjid dan membunuh salah seorang daripada mereka, kata ABC News. 

BEIRUT — Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah masjid di timur Lubnan menyebabkan seorang maut dan lima lain cedera, kelmarin, kata tentera Lubnan dan agensi berita negara. 

Menurut laporan Yahoo! News, motif di sebalik kejadian tembakan di bandar timur Bar Elias, Lubnan itu masih tidak jelas.

Tentera Lubnan mengeluarkan kenyataan mengatakan lelaki bersenjata itu melepaskan tembakan ke arah sekumpulan orang awam ketika mereka meninggalkan masjid dan membunuh salah seorang daripada mereka, kata ABC News. 

Suspek juga melepaskan tembakan ke arah pihak tentera lalu anggotanya bertindak balas dan mencederakan suspek ketika pasukan keselamatan itu cuba menahan lelaki bersenjata tersebut.

Menurut pihak tentera, suspek kemudiannya ditahan di hospital.

Lelaki yang terbunuh dikenali sebagai warga Lubnan, Ali Shibli, merupakan seorang guru sekolah. 

Mereka yang cedera juga merupakan warga Lubnan, menurut media tempatan. 

Advertisement

Seorang pegawai keselamatan, yang enggan dikenali selaras dengan peraturan, bagaimanapun sebelum itu mendakwa lelaki yang terbunuh dan lima cedera semuanya adalah warga Syria.

Lubnan adalah rumah kepada lebih sejuta pelarian Syria dan sentimen anti-Syria telah meningkat sejak kegawatan ekonomi Lubnan bermula pada Oktober 2019. 

Penurunan ekonomi itu berpunca daripada rasuah dan salah urus selama berdekad-dekad oleh kelas pemerintah negara itu dan tiga perempat daripada enam juta penduduk negara itu hidup dalam kemiskinan.

Sumber: Yahoo! News, ABC News

Author

Advertisement

Antarabangsa

Setiap orang awam dibunuh, 10 pejuang Palestin akan ‘dilahirkan’

Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Senator Amerika Syarikat (AS) yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, Seth Moulton.
  • Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
  • Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
  • Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
  • “Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
  • Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.

Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.

Moulton merujuk kepada sayap tentera Hamas iaitu Briged Al-Qassam.

Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.

“Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.

Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.

“Kita tidak terlibat untuk menetapkan nisbah sebegitu, yang pada pendapat saya adalah (sesuatu yang) tidak enak,” kata Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric dipetik Jordan News, mengkritik jurucakap tentera Israel itu.

Advertisement

Dujarric menekankan fokus PBB adalah untuk mencegah korban awam, walaupun mengakui cabaran-cabaran di Gaza, di mana lebih 16,000 warga Palestin terkorban sejak 7 Oktober lalu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending