Connect with us

Terkini

Sanusi diiringi 2,000 penyokong

Calon Perikatan Nasional (PN), Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tiba di pekarangan Pejabat Tanah dan Daerah Sik kira-kira jam 9.10 pagi untuk mengemukakan pencalonannya bagi Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Sanusi diiringi 2,000 penyokong
Foto: Calon Perikatan Nasional (PN), Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tiba di pekarangan Pejabat Tanah dan Daerah Sik.
  • Calon Perikatan Nasional (PN), Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tiba di pekarangan Pejabat Tanah dan Daerah Sik kira-kira jam 9.10 pagi untuk mengemukakan pencalonannya bagi Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15).
  • Kehadiran beliau diiringi kira-kira 2,000 penyokong.
  • Muhammad Sanusi dijangka akan berdepan dengan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim.

SIK – Calon Perikatan Nasional (PN), Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tiba di pekarangan Pejabat Tanah dan Daerah Sik kira-kira jam 9.10 pagi untuk mengemukakan pencalonannya bagi Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15).

Kehadiran beliau diiringi kira-kira 2,000 penyokong.

Muhammad Sanusi dijangka akan berdepan dengan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim.

Bagi calon DUN Belantek, calon PN Ahmad Sulaiman dicabar oleh calon Pakatan Harapan (PH) Mazli Saipi.

Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) memenangi kerusi Jeneri pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) selepas menewaskan penyandang BN, Mahadzir Abdul Hamid dan calon PH Mohd Nazri Abu Hassan dengan majoriti 2,455 undi.

DUN Jeneri mempunyai lebih 35,079 pengundi dengan lebih 90 peratus daripada pengundi adalah Melayu.

Kerusi Belantek disandang PAS, Datuk Mohd Isa Shafie yang menewaskan penyandang BN, Datuk Mohd Tajudin Abdullah dan calon PH Abdul Rashid Abdullah dengan majoriti 2,574 undi.

Mohd Isa meninggal dunia pada 14 Jun lalu dipercayai akibat jangkitan kuman pada jantung, paru-paru dan buah pinggang.

Kerusi itu mempunyai 28,006 pengundidengan lebih 90 peratus pengundi adalah Melayu.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *