Connect with us

Terkini

Salahuddin antara sosok penting penubuhan Amanah bermula di Johor – Aminolhuda

Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub antara sosok penting yang berperanan kepada penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah) yang bermula di Johor, kata Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Salahuddin antara sosok penting penubuhan Amanah bermula di Johor - Aminolhuda
Foto: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia, arwah Datuk Seri Salahuddin Ayub.
  • Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub antara sosok penting yang berperanan kepada penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah) yang bermula di Johor, kata Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan.
  • Mengimbas kenangan bersama Timbalan Presiden Amanah itu, beliau berkata, mereka berdua sebelum itu telah bersama membawa dan membina perjuangan Islam di bumi Johor seawal 1983.
  • “Terlalu banyak saat gembira dan duka kita hadapi bersama untuk memperkenalkan Pas dalam masyarakat Melayu UMNO di bumi kelahiran UMNO.
  • “Tetapi akhirnya kita bersama-sama keluar meninggalkan Pas lalu menubuhkan Parti Amanah Negara bermula di Markas Pas Bakri dan Delegasi di Hotel Trader Muar pada tahun 2015,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

PONTIAN: Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub antara sosok penting yang berperanan kepada penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah) yang bermula di Johor, kata Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan.

Mengimbas kenangan bersama Timbalan Presiden Amanah itu, beliau berkata, mereka berdua sebelum itu telah bersama membawa dan membina perjuangan Islam di bumi Johor seawal 1983.

“Terlalu banyak saat gembira dan duka kita hadapi bersama untuk memperkenalkan Pas dalam masyarakat Melayu UMNO di bumi kelahiran UMNO.

“Tetapi akhirnya kita bersama-sama keluar meninggalkan Pas lalu menubuhkan Parti Amanah Negara bermula di Markas Pas Bakri dan Delegasi di Hotel Trader Muar pada tahun 2015,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau yang menyifatkan Salahuddin sebagai pemimpin yang menyerlah bakat kepimpinannya berkata, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), anak kelahiran Tanjung Piai itu diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Pertanian selepas Pakatan Harapan berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan membentuk kerajaan.

“Selepas PRU15 buat kali kedua, dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang memikul tanggungjawab sangat besar kerana kementerian ini menjaga keperluan barang-barang asas untuk kehidupan rakyat khasnya B40.

“Salahuddin telah berusaha dengan penuh amanah dan bersungguh-sungguh melihat, meninjau dan menyelidik ke seluruh negara untuk memastikan barang-barang keperluan ini dapat dirasai oleh rakyat dengan harga yang berpatutan,” katanya.

Memanggil Allahyarham dengan nama mesra “Din”, Aminolhuda yakin ramai daripada kalangan rakyat mendoakan pemergian Ahli Parlimen Pulai itu dengan penuh ikhlas dan kasih sayang.

“Semoga roh Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub dicucuri rahmat dan maghfirah oleh Allah SWT, diterima pengakhirannya sebagai Husnul Khatimah, ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan Solehin,” katanya.

Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada 9.23 malam tadi setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak. – BERNAMA

Sumber: BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *