Connect with us

Antarabangsa

Ruang siber tidak wajar dijadikan ‘medan perang’- Wang Yi

Keselamatan siber merupakan tunjang kepada keselamatan negara, dengan itu dalam menghadapi cabaran bersama, negara-negara berkaitan perlu meningkatkan komunikasi strategik, menetapkan arah kerjasama dan memelihara kepentingan bersama, kata Ketua Pejabat Hal-Ehwal Luar Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Wang Yi.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Ruang siber tidak wajar dijadikan ‘medan perang’ - Wang Yi
Foto: Ketua Pejabat Hal-Ehwal Luar Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Wang Yi.
  • Keselamatan siber merupakan tunjang kepada keselamatan negara, dengan itu dalam menghadapi cabaran bersama, negara-negara berkaitan perlu meningkatkan komunikasi strategik, menetapkan arah kerjasama dan memelihara kepentingan bersama, kata Ketua Pejabat Hal-Ehwal Luar Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Wang Yi.
  • Beliau berkata demikian ketika menghadiri mesyuarat Wakil Kanan Negara-negara BRICS bagi Hal Ehwal Keselamatan di Johannesburg, Afrika Selatan pada Isnin.
  • Di samping itu, beliau turut mengemukakan empat cadangan, antaranya membina ruang siber yang sama rata serta rasional.
  • Masa depan ruang siber dan keselamatan siber perlu dibina dan dipelihara secara bersama-sama oleh pelbagai negara, kata Wang.

BEIJING – Keselamatan siber merupakan tunjang kepada keselamatan negara, dengan itu dalam menghadapi cabaran bersama, negara-negara berkaitan perlu meningkatkan komunikasi strategik, menetapkan arah kerjasama dan memelihara kepentingan bersama, kata Ketua Pejabat Hal-Ehwal Luar Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Wang Yi.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri mesyuarat Wakil Kanan Negara-negara BRICS bagi Hal Ehwal Keselamatan di Johannesburg, Afrika Selatan pada Isnin.

Di samping itu, beliau turut mengemukakan empat cadangan, antaranya membina ruang siber yang sama rata serta rasional.

Jelas Wang, masa depan ruang siber dan keselamatan siber perlu dibina dan dipelihara secara bersama-sama oleh pelbagai negara.

“Kita seharusnya melaksanakan multilateralisme yang sebenar serta menyokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memainkan peranan teras dalam tadbir urus ruang siber,” kata beliau.

Selain itu, Wang turut mencadangkan untuk membina ruang siber yang terbuka dan inklusif.

Beliau berkata semua pihak perlu mempertahankan kesamarataan dan keadilan, di samping menentang hegemoni sains dan teknologi serta siber dalam apa jua bentuk.

“Kita patut membina ruang siber yang selamat dan mantap.

“Pelbagai negara perlu mematuhi peraturan dan prinsip Piagam PBB, memboikot dengan tegas perlumbaan senjata siber, menentang niat melaksanakan ‘revolusi warna’ dalam ruang siber,” tambah Wang.

Pada masa sama, beliau turut menyarankan untuk membina ruang siber yang berdinamik, menjamin keselamatan negara dan kepentingan awam, di samping memanfaatkan peluang digital, memastikan rantaian pengeluaran dan bekalan industri maklumat serta komunikasi sejagat terbuka, selamat dan stabil, selain merangsang potensi dan kerjasama antarabangsa dalam ruang siber.

“China bersedia meningkatkan pertukaran dan kerjasama dengan negara pasaran baharu dan negara membangun, menyumbang kepada pembaharuan sistem tadbir urus siber sejagat dan pembinaan komuniti berkongsi nasib ruang siber,” kata Wang. — BERNAMA

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *