Terkini
PRN: PN calonkan Ayahanda Cik Ton di DUN Pandan Indah
Datuk Seri Rina Harun membuat kemunculan semula selepas dicalon di DUN Batu Tiga bagi mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos depan.
- Datuk Seri Rina Harun membuat kemunculan semula selepas dicalon di DUN Batu Tiga bagi mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos depan.
- Ketua Srikandi Bersatu itu sebelum ini tersungkur di Parlimen Sepang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
- PN turut mengambil langkah berani dengan menampilkan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan ACT Malaysia (ACT), Muhammad Fazil Mohd Dali atau lebih dikenali sebagai Ayahanda Cik Ton di DUN Pandan Indah.
- Muka baharu yang turut dikemukakan ialah anak bekas Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar, Nurul Syazwani, yang akan bertanding di DUN Permatang.
- Senarai 56 calon bertanding di DUN Selangor pada PRN ini diumumkan Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PETALING JAYA: Datuk Seri Rina Harun membuat kemunculan semula selepas dicalon di DUN Batu Tiga bagi mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos depan.
Ketua Srikandi Bersatu itu sebelum ini tersungkur di Parlimen Sepang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu dijangka berdepan calon Parti Amanah Negara (Amanah), Danial Al Rashid Haron dan Syaidiyah Izzati Nur Razak Maideen daripada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).
Sementara itu, PN turut mengambil langkah berani dengan menampilkan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan ACT Malaysia (ACT), Muhammad Fazil Mohd Dali atau lebih dikenali sebagai Ayahanda Cik Ton di DUN Pandan Indah.
Muka baharu yang turut dikemukakan ialah anak bekas Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar, Nurul Syazwani, yang akan bertanding di DUN Permatang.
Senarai 56 calon yang bertanding di DUN Selangor pada PRN ini diumumkan oleh Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sumber: Astro Awani