Connect with us

Antarabangsa

Pesalah lelaki pedofilia dibebaskan selepas tukar jantina di penjara

Seorang lelaki pedofilia yang menukar jantina semasa di penjara kerana melakukan penderaan seksual terhadap anak perempuannya semasa kecil dan menghantar gambar eksplisitnya kepada penyeleweng dalam talian, dibebaskan secara senyap ke dalam komuniti.

Wartawan TMT

Published

on

Pesalah lelaki pedofilia dibebaskan selepas tukar jantina di penjara
Foto: Claire Fox (kanan), 61, sebelum ini dikenali sebagai Clive Bundy (kiri).
  • Seorang lelaki pedofilia yang menukar jantina semasa di penjara kerana melakukan penderaan seksual terhadap anak perempuannya semasa kecil dan menghantar gambar eksplisitnya kepada penyeleweng dalam talian, dibebaskan secara senyap ke dalam komuniti.
  • Claire Fox, 61, sebelum ini dikenali sebagai Clive Bundy, merupakan seorang bapa kepada enam anak, hanya menjalani tujuh tahun daripada 15 tahun hukuman penjara, sebelum ditempatkan di sebuah pekan di sempadan Wales, United Kingdom (UK).
  • Menurut laporan Daily Mail, Claire, yang memakai rambut palsu hitam dan gaun bercorak bunga memberitahu jiran-jirannya, yang tidak tahu apa-apa tentang masa silamnya yang keji, bahawa dia adalah seorang juruelektrik dari Bangor dan mereka membantunya menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu.
  • Pembebasan Claire dari penjara mengejutkan anak perempuannya Ceri-Lee Galvin, yang mengetepikan haknya untuk tidak mahu namanya disiarkan, yang didera bapanya selama sembilan tahun sejak usia lapan tahun.

Seorang lelaki pedofilia yang menukar jantina semasa di penjara kerana melakukan penderaan seksual terhadap anak perempuannya semasa kecil dan menghantar gambar eksplisitnya kepada penyeleweng dalam talian, dibebaskan secara senyap ke dalam komuniti.

Claire Fox, 61, sebelum ini dikenali sebagai Clive Bundy, merupakan seorang bapa kepada enam anak, hanya menjalani tujuh tahun daripada 15 tahun hukuman penjara, sebelum ditempatkan di sebuah pekan di sempadan Wales, United Kingdom (UK).

Menurut laporan Daily Mail, Claire, yang memakai rambut palsu hitam dan gaun bercorak bunga memberitahu jiran-jirannya, yang tidak tahu apa-apa tentang masa silamnya yang keji, bahawa dia adalah seorang juruelektrik dari Bangor dan mereka membantunya menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu.

Pembebasan Claire dari penjara mengejutkan anak perempuannya Ceri-Lee Galvin, yang mengetepikan haknya untuk tidak mahu namanya disiarkan, yang didera bapanya selama sembilan tahun sejak usia lapan tahun.

Mendedahkan rasa hairannya, Ceri-Lee, 24, memberitahu MailOnline, “bapa saya bukan seorang wanita dan saya enggan mengenalinya sebagai seorang yang demikian. Dia menukar jantinanya di penjara untuk memudahkan hidupnya di sana”.

“Namun, sekarang dia sudah keluar dan melakukan helah biasanya, menipu semua orang yang dia temui.

“Hakikat di mana dia kini berpakaian seperti wanita menjadikannya lebih berbahaya kerana gadis muda adalah perkara yang diminatinya dan dia tidak pernah menunjukkan sebarang penyesalan,” kata Ceri-Lee.

Advertisement

“Ayah saya seorang lelaki sangat manipulatif yang tidak menghadiri program pemulihan pesalah seksual, tidak menunjukkan penyesalan atas apa telah dilakukannya dan secara terbuka mengakui dia tertarik kepada kanak-kanak.

“Tidak ada mesyuarat yang saya ketahui untuk memberitahu sekolah tempatan tentang kehadirannya, dia tidak mempunyai tag dan tiada perintah berkurung. Dia baru sahaja dimasukkan ke dalam komuniti ini dan diberikan semua yang dia inginkan seperti makanan, perabot dan rumah,” katanya.

Sumber: Daily Mail

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS

Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima. 

“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.

“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).

“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.

Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.

Advertisement

“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.

Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.

Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.

Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending