Antarabangsa
Pesaing Twitter, Threads dilancar secara rasmi
Syarikat induk Facebook Meta secara rasmi melancarkan Threads, pesaing Twitter berasaskan teksnya.

- Syarikat induk Facebook Meta secara rasmi melancarkan Threads, pesaing Twitter berasaskan teksnya.
- Dibangunkan oleh pasukan Instagram, aplikasi baharu itu bertujuan menyediakan platform untuk perbualan dalam talian masa nyata dan berkongsi kemas kini teks.
- Menurut syarikat itu, hantaran boleh mencapai sehingga 500 aksara dan boleh memasukkan pautan, foto serta video yang panjangnya sehingga lima minit.
- Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg berkata, visi aplikasi baharu itu adalah untuk mewujudkan pilihan dan ruang awam yang mesra untuk perbualan.
WASHINGTON – Syarikat induk Facebook Meta secara rasmi melancarkan Threads, pesaing Twitter berasaskan teksnya.
Dibangunkan oleh pasukan Instagram, aplikasi baharu itu bertujuan menyediakan platform untuk perbualan dalam talian masa nyata dan berkongsi kemas kini teks.
Menurut syarikat itu, hantaran boleh mencapai sehingga 500 aksara dan boleh memasukkan pautan, foto serta video yang panjangnya sehingga lima minit.
“Kami sedang berusaha untuk menjadikan Threads serasi dengan rangkaian sosial yang terbuka dan saling beroperasi yang kami percaya boleh membentuk masa depan internet,” lapor Agensi Anadolu memetik syarikat itu.
Menerusi hantaran Threads, Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg berkata visi aplikasi baharu itu adalah untuk mewujudkan pilihan dan ruang awam yang mesra untuk perbualan.
“Kami berharap untuk membawakan perkara terbaik dilakukan Instagram dan mewujudkan pengalaman baharu mengenai teks, idea dan membincangkan perkara yang ada dalam fikiran anda,” tulisnya.
Aplikasi Threads tersedia di lebih 100 negara untuk pengguna iOS dan Android, tambahnya.
Sumber: Bernama
Antarabangsa
Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

- Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
- Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
- “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
- Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
- Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.
Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times
Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas