Connect with us

Terkini

Perlembagaan Persekutuan berada di atas Hak Asasi Barat – Pengerusi MACSA

Deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa (UDHR) bukan satu-satunya konsep hak asasi manusia buat rakyat Malaysia dan ia terpakai selagi mana tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, kata Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA), Lukman Sheriff. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hanani Zulkifli

Published

on

Perlembagaan Persekutuan berada di atas Hak Asasi Barat – Pengerusi MACSA
Foto: Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA), Lukman Sheriff.
  • Deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa (UDHR) bukan satu-satunya konsep hak asasi manusia buat rakyat Malaysia dan ia terpakai selagi mana tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, kata Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA), Lukman Sheriff. 
  • “Akta kita kata perlembagaan mengatasi semua. Ini acuan kita,” katanya ketika mengulas kemelut melanda Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) di laman Facebook kelmarin. 
  • Lukman turut menggambarkan situasi percanggahan yang akan berlaku antara konsep UDHR dan akta perlembagaan negara sekiranya hak asasi manusia acuan barat ini  dilaksanakan di Malaysia di mana perkahwinan sejenis mulai diiktiraf. 
  • “Implikasi ini besar. Undang-undang kita kini hanya mengiktiraf hak perkahwinan lelaki dan perempuan contohnya. Kalau kita ikut interpretasi mereka, maka kita perlu iktiraf hak kahwin sejenis kalau tidak ia adalah diskriminasi bawah fasal 8,” katanya. 

KUALA LUMPUR: Deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa (UDHR) bukan satu-satunya konsep hak asasi manusia buat rakyat Malaysia dan ia terpakai selagi mana tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, kata Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA), Lukman Sheriff. 

“Akta SUHAKAM bukan kata hak asasi adalah UDHR. Hak asasi kita adalah apa yang termaktub sebagai kebebasan asasi dalam perlembagaan.

“Akta kita kata perlembagaan mengatasi semua. Ini acuan kita,” katanya ketika mengulas kemelut melanda Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) di laman Facebook kelmarin. 

Lukman yang juga pengamal undang-undang menggambarkan contoh situasi percanggahan yang akan berlaku antara konsep UDHR dan akta perlembagaan negara sekiranya hak asasi manusia acuan barat ini dilaksanakan di Malaysia di mana perkahwinan sejenis mulai diiktiraf. 

“Mereka mungkin berhujah bahawa kebebasan asasi bawah perlembagaan termasuk melarang diskriminasi “gender” bawah fasal 8 (kesamarataan). LGBT adalah gender pada mereka. 

“Implikasi ini besar. Undang-undang kita kini hanya mengiktiraf hak perkahwinan lelaki dan perempuan contohnya. Kalau kita ikut interpretasi mereka, maka kita perlu iktiraf hak kahwin sejenis kalau tidak ia adalah diskriminasi bawah fasal 8,” kata Lukman. 

Khuatir dengan percanggahan itu, beliau menggesa pengiktirafan teks perlembagaan bahasa Melayu disegerakan menjadi teks perlembagaan sahih negara. 

“Penggunaan bahasa Inggeris membawa pembudayaan barat yang bercanggah dengan kita,” katanya.

Lukman turut menyelar tuntutan pihak berorientasi fahaman kiri supaya setiap pesuruhjaya berpegang kepada UDHR, malah mereka menuntut pembebasan SUHAKAM daripada asasi perlembagaan.

“Mereka mahu SUHAKAM berpegang kepada UDHR dan kebebasan asasi perlembagaan,” katanya. 

Beliau berkata tuntutan itu dilakukan adalah kerana pihak tersebut mahu mengiktiraf hak LGBT secara khusus di Malaysia dan bukan lagi di bawah hak asasi manusia biasa. 

“Hak asasi manusia kita bukan semata-mata UDHR. Perlembagaan (Persekutuan) kita mengatasi semua. Ini acuan kita,” kata Lukman bertegas nilai ketimuran perlu dipertahankan dalam soal hak asasi manusia di negara ini. –  THE MERDEKA TIMES 

Sumber: Facebook Lukman Sheriff

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *