Terkini
Pembeli patung seks berbentuk kanak-kanak perlu diambil tindakan – Hannah Yeoh
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa pihak polis untuk mengambil tindakan dengan menyiasat pembeli yang membeli patung seks menyerupai kanak-kanak di platform e-dagang, Shopee.
- Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa polis mengambil tindakan untuk menyiasat pembeli yang membeli patung seks menyerupai kanak-kanak di platform e-dagang, Shopee.
- Menurut China Press, Hannah Yeoh berpendapat bahawa membeli patung seks menyerupai kanak-kanak adalah tingkah laku luar biasa, dan pembeli harus menerima kaunseling psikologi.
- Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Bin Johan juga berkata di ciapan Twitternya bahawa produk patung seks berkenaan telah wujud di platform Shopee semenjak pertengahan tahun lepas.
- Beliau berkata platform e-dagang perlu sentiasa peka dengan produk yang dijual di pasaran masing-masing.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa pihak polis untuk mengambil tindakan dengan menyiasat pembeli yang membeli patung seks menyerupai kanak-kanak di platform e-dagang, Shopee.
Menurut China Press, Hannah Yeoh berpendapat bahawa membeli patung seks menyerupai kanak-kanak adalah tingkah laku luar biasa, dan pembeli harus menerima kaunseling psikologi.
Maka Hannah Yeoh menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat bukan sahaja penjual, tetapi pengguna yang membeli patung berkenaan.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Bin Johan juga berkata di Twitternya bahawa produk patung seks berkenaan telah wujud di platform Shopee semenjak pertengahan tahun lepas.
Beliau berkata platform e-dagang perlu sentiasa peka dengan produk yang dijual di pasaran masing-masing.
Sebelum ini, media melaporkan seorang penjual di Shopee menjual patung seks berbentuk kanak-kanak. Mengetahui perkara itu, Shopee telah mengeluarkan penjual itu daripada platform tersebut.
Sumber: China Press dan Twitter Syahredzan Johan