Connect with us

Antarabangsa

Pemain kriket antarabangsa berhijab pertama UK muncul di rancangan kanak-kanak BBC

Pemain kriket Scotland, Abtaha Maqsood muncul dalam siri televisyen kanak-kanak BBC membaca buku mengenai tradisi Islam dalam pemakaian tudung.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pemain kriket antarabangsa berhijab pertama UK muncul di rancangan kanak-kanak BBC
Foto: Pemain kriket Scotland, Abtaha Maqsood.
  • Pemain kriket Scotland, Abtaha Maqsood muncul dalam siri televisyen kanak-kanak BBC membaca buku mengenai tradisi Islam dalam pemakaian tudung.
  • Pemain Birmingham Phoenix berusia 24 tahun itu adalah wanita Islam berhijab pertama di United Kingdom (UK) bermain bagi kriket antarabangsa, lapor The Mirror.
  • Menurut laporan Arab News, Abtaha membaca sebuah buku berjudul “Bukan Sekarang, Noor!” oleh Farhana Islam dan Nabila Adani bagi episod CBeebies Bedtime Stories, yang disiarkan pada Jumaat, beberapa hari sebelum bermulanya Bulan Warisan Asia Selatan. 

LONDON: Pemain kriket Scotland, Abtaha Maqsood muncul dalam siri televisyen kanak-kanak BBC membaca buku mengenai tradisi Islam dalam pemakaian tudung.

Pemain Birmingham Phoenix berusia 24 tahun itu adalah wanita Islam berhijab pertama di United Kingdom (UK) bermain bagi kriket antarabangsa, lapor The Mirror.

Menurut laporan Arab News, Abtaha membaca sebuah buku berjudul “Bukan Sekarang, Noor!” oleh Farhana Islam dan Nabila Adani bagi episod CBeebies Bedtime Stories, yang disiarkan pada Jumaat, beberapa hari sebelum bermulanya Bulan Warisan Asia Selatan. 

Cerita itu mengisahkan tentang seorang gadis muda bernama Noor yang tertanya-tanya mengapa wanita dalam keluarganya bertudung.

“Ia menunjukkan mengapa hijab sangat penting kepada kebanyakan wanita Islam,” kata Abtaha.

“Ini semua tentang kesopanan dan (mempunyai) identiti yang jelas bahawa anda seorang Muslim dan (bangga) menjadi seorang Muslim. Ia juga adalah mesej yang sangat bagus dan manis untuk kanak-kanak”, katanya.

Abtaha berkata dia memilih cerita itu kerana ia adalah cara yang “mudah dan jujur” untuk menerangkan bagaimana sebenarnya memakai tudung dan makna bagi pemakaian tudung kepada ramai wanita Islam di luar sana.

“Adalah sangat bagus untuk kanak-kanak mendapat jawapan yang mudah dan buku cerita itu melakukannya dengan sangat baik dan dengan cara yang menghiburkan, jadi itu adalah buku yang sangat menarik perhatian saya”, kata Abtaha.

Selain itu, Abtaha berkata kisah itu mencerminkan pengalamannya sendiri dalam Islam kerana dia memakai tudung sejak usia muda dan merupakan wanita pertama yang berbuat demikian semasa bersaing dalam The Hundred pada 2021.

Sumber: Arab News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *