Antarabangsa
Pasukan bantuan dihalang bantu mangsa cedera parah di kem pelarian Jenin
Agensi-agensi bantuan menyatakan kebimbangan serius terhadap skala serangan berterusan Israel dan sekatan bantuan perubatan bagi mangsa-mangsa cedera parah.
- Agensi-agensi bantuan menyatakan kebimbangan serius terhadap skala serangan berterusan Israel dan sekatan bantuan perubatan bagi mangsa cedera parah.
- Ratusan askar dengan kekuatan serangan udara bertindak menyerbu kem pelarian itu awal minggu lalu dalam serangan terbesar Israel ke atas Jenin dalam tempoh lebih 20 tahun itu.
- Sekurang-kurangnya 10 rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak, terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera sejak serangan rejim Zionis Israel itu.
- Penyelaras Operasi Doctor Without Borders (MSF), Jovana Arsenijevic memaklumkan kepada Al Jazeera bahawa akses kumpulannya pada Ahad lalu terhad akibat jentolak bertindak memusnahkan jalan menuju ke kem sehingga mustahil bagi ambulans untuk mencapai pesakit.
Agensi-agensi bantuan menyatakan kebimbangan serius terhadap skala serangan berterusan Israel dan sekatan bantuan perubatan bagi mangsa-mangsa cedera parah.
Jurucakap pejabat kemanusiaan PBB, Vanessa Huguenin menegaskan kebimbangannya terhadap skala operasi udara dan darat di Jenin, Tebing Barat dan serangan udara yang diterima kem pelarian yang padat dengan penduduk itu.
Katanya, sekurang-kurangnya 10 rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak, terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera sejak serangan rejim Zionis Israel yang bermula pada awal Isnin itu.
Ratusan askar dengan kekuatan serangan udara menyerbu kem pelarian itu dalam serangan terbesar Israel ke atas Jenin dalam tempoh lebih 20 tahun.
“Pasukan respon pertama telah dihalang dari memasuki kem pelarian (Jenin), termasuk usaha mencapai mereka mengalami kecederaan kritikal,” kata Jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Christian Lindmeier, menjelaskan impak sekatan dikenakan Israel.
Kem pelarian itu menempatkan 20,000 rakyat Palestin yang dirampas tanah dan kediaman mereka semasa kewujudan negara haram Israel pada 1948.
Penyelaras Operasi Doctor Without Borders (MSF), Jovana Arsenijevic memaklumkan kepada Al Jazeera bahawa akses kumpulannya pada Ahad lalu terhad akibat jentolak bertindak memusnahkan jalan menuju ke kem sehingga mustahil bagi ambulans untuk mencapai pesakit.
Johana juga memaklumkan pesakit yang berjaya ditemui petugas MSF dengan berjalan kaki pula mengalami cedera parah disebabkan peluru hidup dan serpihan peluru.
Sumber: Al Jazeera