Connect with us

Antarabangsa

Orang ramai gusar Polis London bekerjasama dengan aktivis LGBT pro-pedofilia

Polis Metropolitan London mengumumkan kerjasama dengan aktivis LGBT, Peter Tatchell yang dikenali dengan sejarahnya mempertahankan perlakuan pedofilia.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Orang ramai gusar Polis London bekerjasama dengan aktivis LGBT pro-pedofilia
Foto: Ketua Konstabel West Midlands, David Thompson (kiri) dan Polis Metropolitan London, Peter Tatchell (kanan) semasa perarakan Birmingham Pride.
  • Polis Metropolitan London mengumumkan kerjasama dengan aktivis LGBT, Peter Tatchell yang dikenali mempertahankan perlakuan pedofilia.
  • Pihak polis dan yayasan yang ditubuhkan Peter diumumkan bekerjasama melalui hantaran sebuah video di akaun Twitter London’s Police Metropolitan Service pada 26 Jun lalu.
  • Kerjasama itu menimbulkan kebimbangan di media sosial dengan pengkritik mengetengahkan sejarah Peter yang dikenali sebagai seorang pro-pedofilia.
  • Kerjasama Peter dengan Polis Metropolitan London itu dikatakan bagi membina kepercayaan dan keyakinan warga LGBT tampil melaporkan jenayah benci, kekerasan rumah tangga, dan serangan seksual dihadapi golongan LGBT.

Polis Metropolitan London mengumumkan kerjasama dengan aktivis LGBT, Peter Tatchell yang dikenali dengan sejarahnya mempertahankan perlakuan pedofilia.

Pihak polis dan yayasan yang ditubuhkan Peter diumumkan bekerjasama melalui hantaran sebuah video di akaun Twitter London’s Police Metropolitan Service pada 26 Jun lalu.

Foto: Hantaran video Polis Metropolitan London di Twitter.

Memetik laporan Reduxx, kerjasama itu menimbulkan kebimbangan di media sosial dengan pengkritik mengetengahkan sejarah Peter yang dikenali sebagai seorang pro-pedofilia.

Sepanjang kariernya sebagai aktivis, dia dikecam atas tindakan dan komennya memperkecilkan kemudaratan penderaan seksual terhadap kanak-kanak.

Terlibat dengan aktivisme LGBT beberapa dekad, Peter sebelum ini turut menganjurkan untuk menurunkan had umur persetujuan kebenaran melakukan hubungan seksual.

Pada 1997, Peter yang menyumbang penulisannya di dalam buku ‘Dares to Speak’, pernah menggalakkan penerokaan pedofilia dan mengedepankan beberapa ‘kisah positif’ hubungan seksual dewasa dan kanak-kanak yang berumur sekitar 9-13 tahun.

Foto: Video Peter menceritakan belia 15 tahun tidak menyesal memulakan hubungan songsang pada umur 9 tahun,

Menjawab kritikan yang diterimanya, Peter menulis kepada The Guardian mempertahankan buku itu dan memetik seorang penyelidik yang menyifatkan seks antara lelaki dewasa dan kanak-kanak lelaki sebagai satu ritual kelelakian bagi sesetengah suku orang asli.

Foto: Surat Peter kepada The Guardian mempertahankan perlakuan seks ke atas kanak-kanak pada 1997.

Kerjasama Peter dengan Polis Metropolitan London itu dikatakan bagi membina kepercayaan dan keyakinan warga LGBT tampil melaporkan jenayah benci, kekerasan rumah tangga, dan serangan seksual dihadapi golongan LGBT.

Sumber: Reduxx

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *