Connect with us

Terkini

OPR kekal tiga peratus

Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada tiga peratus susulan mesyuarat hari ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

OPR kekal tiga peratus
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM)membuat keputusan kekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada tiga peratus susulan mesyuarat hari ini.
  • BNM dalam Pernyataan Dasar Monetari yang dikeluarkan di sini berkata, pada tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari kekal agak akomodatif dan terus menyokong pertumbuhan ekonomi.

PETALING JAYA – Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada tiga peratus susulan mesyuarat hari ini.

BNM dalam Pernyataan Dasar Monetari yang dikeluarkan di sini berkata, pada tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari kekal agak akomodatif dan terus menyokong pertumbuhan ekonomi.

“MPC terus menilai bahawa risiko ketidakseimbangan kewangan pada masa hadapan adalah terhad.

“MPC kekal berwaspada terhadap perkembangan semasa dan akan terus memantau data baharu bagi memaklumkan penilaian prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri.

“MPC akan memastikan pendirian dasar monetari kekal kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam keadaan harga yang stabil,” katanya. 

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *