Connect with us

Antarabangsa

OIC kecam operasi ketenteraan rejim Zionis di Jenin

Rejim Zionis mendapat kritikan dari negara-negara Arab, OIC selepas ia melakukan pencerobohan dengan mengerahkan ratusan tentera dan menggunakan dron untuk menyerang sasaran kubu kuat militan di Tebing Barat yang diduduki pada awal Isnin.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

OIC kecam operasi ketenteraan rejim Zionis di Jenin
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Rejim Zionis dikritik negara-negara Arab, OIC selepas melakukan pencerobohan dengan mengerahkan ratusan tentera dan menggunakan dron untuk menyerang sasaran kubu kuat militan di Tebing Barat yang diduduki pada awal Isnin.
  • Menurut seorang pegawai Palestin bercakap lewat pada Isnin, kira-kira 3,000 rakyat Palestin meninggalkan kem pelarian Jenin selepas pencerobohan rejim Zionis itu.
  • Kumpulan Hizbullah Lubnan turut mengutuk serangan itu dengan menyatakan dalam satu kenyataan bahawa rakyat Palestin mempunyai banyak alternatif dan cara yang akan membuat musuh menyesali perbuatannya.
  • Menurut Jurucakap Presiden Palestin, Nabil Abu Rudeineh, rakyat Palestin kita tidak akan berlutut, tidak akan menyerah, tidak akan menaikkan bendera putih dan akan tetap teguh di tanah mereka dalam menghadapi pencerobohan kejam ini.

LONDON, 04 Julai 2023 – Rejim Zionis mendapat kritikan dari negara-negara Arab, OIC selepas ia melakukan pencerobohan dengan mengerahkan ratusan tentera dan menggunakan dron untuk menyerang sasaran kubu kuat militan di Tebing Barat yang diduduki pada awal Isnin.

Menurut seorang pegawai Palestin yang bercakap lewat pada hari Isnin, kira-kira 3,000 rakyat Palestin telah meninggalkan kem pelarian Jenin selepas pencerobohan rejim Zionis itu.

Pegawai kesihatan Palestin berkata, sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin terbunuh dalam pencerobohan itu dan 50 orang cedera termasuk beberapa yang masih dalam keadaan kritikal.

Kumpulan Hizbullah Lubnan turut mengutuk serangan itu dengan menyatakan dalam satu kenyataan bahawa rakyat Palestin mempunyai banyak alternatif dan cara yang akan membuat musuh menyesali perbuatannya.

Jurucakap Jihad Islam, Dawood Shehab, kumpulan dengan kehadiran besar di Jenin, mengancam untuk melancarkan serangan dari kubu kuatnya di Semenanjung Gaza jika pencerobohan rejim Zionis terhadap Jenin tidak berhenti.

Menurut Jurucakap Presiden Palestin, Nabil Abu Rudeineh, rakyat Palestin kita tidak akan berlutut, tidak akan menyerah, tidak akan menaikkan bendera putih dan akan tetap teguh di tanah mereka dalam menghadapi pencerobohan kejam ini.

Sumber: Samudera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *