Connect with us

Antarabangsa

Mahkamah Agung Indonesia larang persetujui daftar pernikahan beza agama

Mahkamah Agung (MA) Indonesia melarang semua mahkamah daripada menyetujui pendaftaran perkahwinan antara agama dan keyakinan yang berbeza.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Mahkamah Agung Indonesia larang persetujui daftar pernikahan beza agama
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Mahkamah Agung (MA) Indonesia melarang semua mahkamah daripada menyetujui pendaftaran perkahwinan antara agama dan keyakinan berbeza.
  • Lapor sebuah agensi berita antarabangsa, larangan tersebut dinyatakan dalam Surat Edaran (SE) Nombor 2 Tahun 2023 mengenai Panduan untuk Hakim dalam membicarakan Kes Permohonan Pendaftaran Perkahwinan Antara-agama yang Berbeza Agama dan Keyakinan.
  • “Hakim harus mematuhi ketentuan tersebut: Mahkamah tidak akan menyetujui permohonan pendaftaran perkahwinan antara agama dan keyakinan yang berbeza,” kata Ketua Mahkamah Agung, Muhammad Syarifuddin.
  • Jelas Syarifuddin, langkah tersebut diambil untuk memberikan kepastian dan kesatuan dalam penerapan hukum sewaktu membicarakan permohonan pendaftaran perkahwinan antara-agama yang berbeza dari segi agama dan kepercayaan.

JAKARTA – Mahkamah Agung (MA) Indonesia melarang semua mahkamah daripada menyetujui pendaftaran perkahwinan antara agama dan keyakinan yang berbeza.

Lapor sebuah agensi berita antarabangsa, larangan tersebut dinyatakan dalam Surat Edaran (SE) Nombor 2 Tahun 2023 mengenai Panduan untuk Hakim dalam membicarakan Kes Permohonan Pendaftaran Perkahwinan Antara-agama yang Berbeza Agama dan Keyakinan.

SE itu ditandatangani oleh Ketua Mahkamah Agung, Muhammad Syarifuddin pada Selasa, 17 Julai 2023 baru-baru ini.

“Hakim harus mematuhi ketentuan tersebut: Mahkamah tidak akan menyetujui permohonan pendaftaran perkahwinan antara agama dan keyakinan yang berbeza,” kata Syarifuddin dalam dasar tersebut.

Jelas Syarifuddin, langkah tersebut diambil untuk memberikan kepastian dan kesatuan dalam penerapan hukum sewaktu membicarakan permohonan pendaftaran perkahwinan antara-agama yang berbeza dari segi agama dan kepercayaan.

Menurut Syarifuddin, perkahwinan yang sah adalah perkahwinan yang dilakukan menurut hukum agama dan kepercayaan masing-masing sesuai dengan Perkara 2 Nombor 1 dan Perkara 8 (F) Undang-Undang Nombor 1 Tahun 1974 tentang perkahwinan.

Sumber: Samudera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *