Antarabangsa
Lapan sekeluarga maut akibat serangan bom pengganas di Somalia
Pengeboman di jalan raya dipercayai dilakukan kumpulan pengganas Al-Shabaab mengorbankan lapan orang yang terdiri daripada satu keluarga di tengah Somalia, semalam.
- Pengeboman di jalan raya dipercayai dilakukan kumpulan pengganas Al-Shabaab mengorbankan lapan orang yang terdiri daripada satu keluarga di tengah Somalia, semalam.
- Letupan itu berlaku berhampiran sebuah kampung di luar Buloburde, kira-kira 220 kilometer di utara Mogadishu.
- “Lapan orang awam yang tidak bersalah terbunuh daripada keluarga yang sama, termasuk seorang wanita,” kata Datuk Bandar Buloburde, Sadam Abdi Idow.
- Al-Shabaab, yang bergabung dengan kumpulan Al-Qaeda, telah cuba menggulingkan kerajaan di Mogadishu sejak 2007 melalui pemberontakan berdarah.
MOGADISHU, 22 Zulhijjah 1444H, Selasa – Pengeboman di jalan raya dipercayai dilakukan kumpulan pengganas Al-Shabaab mengorbankan lapan orang yang terdiri daripada satu keluarga di tengah Somalia, semalam.
Letupan itu berlaku berhampiran sebuah kampung di luar Buloburde, kira-kira 220 kilometer di utara Mogadishu.
“Lapan orang awam yang tidak bersalah terbunuh daripada keluarga yang sama, termasuk seorang wanita,” kata Datuk Bandar Buloburde, Sadam Abdi Idow.
Menurut saksi yang dikenali Abdikarin Hassan, tujuh mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
“Ini adalah bencana, tiga daripada satu keluarga, dan selebihnya daripada keluarga lain yang berkaitan. Mereka semua mempunyai kaitan kekeluargaan,” katanya.
Al-Shabaab, yang bergabung dengan kumpulan Al-Qaeda, telah cuba menggulingkan kerajaan di Mogadishu sejak 2007 melalui pemberontakan berdarah.
Anggota kumpulan Al-Shabaab telah dihalau dari Mogadishu pada 2011 tetapi ia kekal sebagai kuasa maut, walaupun serangan besar dilancarkan Ogos lalu.
Menurut sumber tentera, serangan berhampiran Buloburde berlaku berikutan pertempuran berterusan di wilayah itu.
“Pengganas telah dikalahkan semasa konfrontasi bersenjata ini namun mereka membalas dendam terhadap orang awam.
“Mereka sengaja menanam periuk api di sepanjang jalan utama yang digunakan oleh orang awam,” kata komander tentera Somalia Ahmed Ali, melalui panggilan telefon.
Sumber: Ismaweb