Connect with us

Terkini

Laksanakan sistem pendidikan berdasarkan keperluan, bukan kaum – MUDA

MUDA menggesa satu perubahan dalam sistem pendidikan, daripada pendekatan berdasarkan kaum kepada pendekatan berdasarkan keperluan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Laksanakan sistem pendidikan berdasarkan keperluan, bukan kaum - MUDA
Foto: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
  • MUDA menggesa satu perubahan dalam sistem pendidikan, daripada pendekatan berdasarkan kaum kepada pendekatan berdasarkan keperluan.
  • Presiden Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata perubahan itu bagi memastikan pelajar cemerlang dalam pelajaran mendapat tempat di universiti.
  • “Untuk menyelesaikan masalah ini MUDA mencadangkan transisi daripada sistem berdasarkan kaum kepada sistem berdasarkan keperluan, dengan sistem hibrid berdasarkan merit,” kata Syed Saddiq.
  • Beliau menjelaskan, sistem berdasarkan keperluan akan memastikan pelajar cemerlang daripada latar belakang keluarga miskin diberi peluang untuk menyambung pelajaran.

PETALING JAYA – MUDA menggesa satu perubahan dalam sistem pendidikan, daripada pendekatan berdasarkan kaum kepada pendekatan berdasarkan keperluan.

Presiden Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata perubahan itu bagi memastikan pelajar yang cemerlang dalam pelajaran mendapat tempat di universiti.

Beliau seterusnya mendakwa ada pelajar cemerlang yang mendapat semua A dalam mata pelajaran gagal mendapat tempat dalam program matrikulasi, tetapi menerima tawaran daripada universiti terkemuka seperti Harvard di AS dan Oxford di UK.

“Untuk menyelesaikan masalah ini MUDA mencadangkan transisi daripada sistem berdasarkan kaum kepada sistem berdasarkan keperluan, dengan sistem hibrid berdasarkan merit,” katanya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu acara di Universiti Utara Malaysia pada Sabtu dilapor berkata kuota Bumiputera ke universiti awam perlu dikekalkan bagi menjamin keistimewaan yang termaktub dalam Perlembagaan.

Namun, kata Perdana Menteri lagi, perlu dilaksanakan suatu pendekatan baharu bagi menjamin pelajar bukan Bumiputera yang cemerlang berpeluang ke universiti, bagi mengelak kehilangan bakat.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata mesti ada iltizam politik untuk mengakui sistem sedia ada rosak dan perlu ditambah baik.

“Sekiranya kita terus berdiam dan tiada iltizam politik untuk mengubah, membina dan menambah baik, masalah ini akan berterusan.

“Akhirnya, Malaysia akan kehilangan sumber manusia yang pandai, cerdik dan sedia menabur bakti kepada negara. Kesannya negara secara keseluruhan akan rugi bukannya sesuatu bangsa atau agama,” katanya yang menambah ketika ini lebih 1.7 juta rakyat Malaysia bekerja di luar negara.

Beliau menjelaskan, sistem berdasarkan keperluan akan memastikan pelajar cemerlang daripada latar belakang keluarga miskin diberi peluang untuk menyambung pelajaran.

Syed Saddiq juga mahu cadangan itu dibawa ke Parlimen untuk dibincangkan.

“Ia perlu dibahaskan melangkaui parti politik dan dipacu oleh fakta serta data yang jelas,” katanya.

Kata Syed Saddiq kerajaan juga perlu mencari jalan untuk menangani isu lepasan SPM yang tidak berminat untuk menyambung pelajaran.

Menurutnya, kajian Kementerian Pendidikan sendiri menunjukkan lebih 50 peratus lepasan SPM tidak ingin melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Sumber: Free Malaysia Today

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *