Connect with us

Terkini

Kerajaan tiada halangan jadikan pengeluaran KWSP bulanan – Anwar

Kerajaan tidak mempunyai halangan berhubung cadangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menjadikan pengeluaran secara berkala atau bulanan apabila pencarum mencecah umur persaraan 55 tahun.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan tiada halangan jadikan pengeluaran KWSP bulanan – Anwar
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Kerajaan tidak mempunyai halangan berhubung cadangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menjadikan pengeluaran secara berkala atau bulanan apabila pencarum mencecah umur persaraan 55 tahun.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pada masa ini perkara itu masih lagi di peringkat akhir perbincangan.
  • “Saya tidak keberatan. Ia mengikut keupayaan KWSP. Jika kita dengar ucapan (Datuk Seri) Amir Hamzah (Ketua Pegawai Eksekutif KWSP) tadi, ada beberapa kekangan terutama dalam kalangan mereka yang ada simpanan terlalu kecil,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa Ke-10 2023 (ISWC 2023) dan melancarkan aplikasi i-Akaun KWSP di sini, hari ini.
  • Semalam Amir dipetik berkata, KWSP tidak menolak kemungkinan untuk mempertimbangkan menjadikan pilihan pengeluaran secara berkala atau bulanan apabila mencecah usia persaraan 55 tahun.

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak mempunyai halangan berhubung cadangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menjadikan pengeluaran secara berkala atau bulanan apabila pencarum mencecah umur persaraan 55 tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pada masa ini perkara itu masih lagi di peringkat akhir perbincangan.

“Saya tidak keberatan. Ia mengikut keupayaan KWSP. Jika kita dengar ucapan (Datuk Seri) Amir Hamzah (Ketua Pegawai Eksekutif KWSP) tadi, ada beberapa kekangan terutama dalam kalangan mereka yang ada simpanan terlalu kecil,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa Ke-10 2023 (ISWC 2023) dan melancarkan aplikasi i-Akaun KWSP di sini, hari ini.

Hadir sama pada majlis itu Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dan Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Semalam Amir dipetik berkata, KWSP tidak menolak kemungkinan untuk mempertimbangkan menjadikan pilihan pengeluaran secara berkala atau bulanan apabila mencecah usia persaraan 55 tahun.

Pada masa ini, pilihan itu boleh dibuat secara sukarela tetapi mandatori bagi ahli baharu pada masa depan.

Menurutnya, pengeluaran secara berkala itu dilihat mampu memberi peluang kepada ahlinya menguruskan wang persaraan dengan lebih baik.

Katanya lagi, pengeluaran berkala atau secara bulanan itu juga memberi peluang kepada ahlinya terus menikmati dividen tahunan dengan baki simpanan yang ada.

Malah, jelas beliau, ketika ini, pengeluaran secara bulanan itu adalah dibuat secara sukarela dan menuju ke depan dan pihaknya boleh melihat sama ada untuk menjadikannya secara mandatori bagi ahli baharu.

Sumber: MalaysiaGazette

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *