Connect with us

Terkini

JIM cadang laksana sistem ‘kaunter bertindan’ di KLIA

Jabatan Imigresen (JIM) bercadang untuk melaksanakan sistem ‘kaunter bertindan’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 (KLIA1) bagi mempermudah sekali gus berupaya mempercepatkan urusan imigresen di situ.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

JIM cadang laksana sistem 'kaunter bertindan' di KLIA
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Jabatan Imigresen (JIM) bercadang melaksanakan sistem ‘kaunter bertindan’ di KLIA1 bagi mempermudah sekali gus berupaya mempercepatkan urusan imigresen di situ.
  • Ketua Pengarahnya Datuk Ruslin Jusoh berharap syor itu boleh direalisasikan untuk dijalankan menjelang hujung tahun ini sambil mengharapkan kerjasama baik antara Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB).
  • “Kita memahami keadaan fasiliti di KLIA. Tetapi bagi kita di peringkat Imigresen, kita akan melaksanakan operasi kita berdasarkan fasiliti yang ada di situ.”
  • “Bagaimanapun, kita dalam perancangan untuk menambah kaunter Imigresen di mana kita cadangkan…Insya-Allah dalam tempoh penghujung tahun ini, kita akan ada lagi tambahan 12 kaunter yang kita cadangkan,” katanya.
  • Menjelaskan isu kesesakan di KLIA yang tular di media sosial pada 1 dan 4 Jun lalu, Ruslin berkata, pegawainya pada ketika itu perlu berdepan dengan hampir 5,000 pelawat yang baru saja mendarat dari penerbangan masing-masing.

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen (JIM) bercadang untuk melaksanakan sistem ‘kaunter bertindan’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 (KLIA1) bagi mempermudah sekali gus berupaya mempercepatkan urusan imigresen di situ.

Ketua Pengarahnya Datuk Ruslin Jusoh berharap syor itu boleh direalisasikan untuk dijalankan menjelang hujung tahun ini sambil mengharapkan kerjasama baik antara Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB).

“Kita memahami keadaan fasiliti di KLIA. Tetapi bagi kita di peringkat Imigresen, kita akan melaksanakan operasi kita berdasarkan fasiliti yang ada di situ.

“Bagaimanapun, kita dalam perancangan untuk menambah kaunter Imigresen di mana kita cadangkan…Insya-Allah dalam tempoh penghujung tahun ini, kita akan ada lagi tambahan 12 kaunter yang kita cadangkan.

“Ia ditempatkan di belakang (kaunter sedia ada). Maknanya kaunter bertindan iaitu di depan ada kaunter dan di belakang pula kita cadangkan ada 12 lagi kaunter Insya-Allah.

“Di pihak kita, kita bersedia apa saja keputusan sama ada dari segi fasiliti disediakan dan kita sentiasa memantau proses itu. Insya-Allah pegawai kita di KLIA akan terus menjalankan tugas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual dalam program Ruang Bicara bertajuk Inisiatif Tangani Kesesakan Pintu Masuk Negara yang disiarkan secara langsung di saluran Bernama TV malam tadi (Rabu).

Menjelaskan isu kesesakan di KLIA yang tular di media sosial pada 1 dan 4 Jun lalu, Ruslin berkata, pegawainya pada ketika itu perlu berdepan dengan hampir 5,000 pelawat yang baru saja mendarat dari penerbangan masing-masing.

Menurut beliau, lapan kapal terbang mendarat pada satu masa sehingga menyebabkan lapangan terbang itu dipenuhi ramai penumpang sehingga mencetuskan kesesakan seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

“Purata setiap jam, ada lapan kapal terbang akan mendarat dan ada lebih kurang 2,000 orang (dalam kapal terbang itu). Itu adalah waktu puncak biasa. Tetapi pada 1 dan 4 Jun baru-baru ini seperti keluar di media sosial menyaksikan KLIA sesak.

“Alhamdulillah kita dapat mengatasi masalah tersebut kerana terdapat satu ketika dalam tempoh sejam, lapan kapal terbang mendarat pada satu-satu masa. Kita bayangkan apa akan jadi di balai ketibaan dalam tempoh itu.

“Kita lihat hampir 5,000 pelawat tiba di KLIA atau Terminal 1. Alhamdulillah, kita dapat selesaikan juga dalam tempoh dua jam. Maknanya walaupun kebiasaan kita dapat kurangkan dalam tempoh kurang daripada sejam, tetapi dengan pelawat seramai itu, saya mengarahkan pegawai saya turut membantu sepenuhnya bagi memudahkan proses mereka melalui pemeriksaan Imigresen,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *