Connect with us

Antarabangsa

Gadis bawah umur maut didakwa diserang secara seksual oleh pekerja BJP

Seorang gadis bawah umur 14 tahun di Cooch Behar, Bengal Barat, India, diserang secara seksual oleh lima individu, yang didakwa ada kaitan dengan Parti Bharatiya Janata (BJP), hingga membawa kepada kematian gadis malang itu semalam. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Gadis bawah umur maut didakwa diserang secara seksual oleh pekerja BJP
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang gadis bawah umur 14 tahun di Cooch Behar, Bengal Barat, India, diserang secara seksual oleh lima individu, yang didakwa ada kaitan dengan Parti Bharatiya Janata (BJP), hingga membawa kepada kematian gadis malang itu semalam. 
  • Menurut laporan India Today, pihak polis telah menahan kesemua lima tertuduh dalam kes itu.
  • Insiden itu mencetuskan protes dan ketegangan politik antara Kongres Trinamool (TMC) dan BJP selepas bapa saudara mangsa mendakwa tertuduh mempunyai kaitan dengan parti pemerintah India itu (BJP).

Seorang gadis bawah umur 14 tahun di Cooch Behar, Bengal Barat, India, diserang secara seksual oleh lima individu, yang didakwa ada kaitan dengan Parti Bharatiya Janata (BJP), hingga membawa kepada kematian gadis malang itu semalam. 

Menurut laporan India Today, pihak polis telah menahan kesemua lima tertuduh dalam kes itu.

Insiden itu mencetuskan protes dan ketegangan politik antara Kongres Trinamool (TMC) dan BJP selepas bapa saudara mangsa mendakwa tertuduh mempunyai kaitan dengan parti pemerintah India itu (BJP).

Gadis malang yang meninggal dunia itu dilaporkan hilang dari rumahnya pada 18 Julai lalu. 

Dua hari kemudian, pada 20 Julai, keluarganya membuat aduan mengenai kehilangannya di balai polis Pundibari di kawasan itu. 

Polis kemudiannya memulakan siasatan berhubung kes itu berdasarkan aduan keluarga gadis itu.

Gadis itu diselamatkan dalam keadaan kritikal dan dibawa ke Hospital Maharaja Jitendra Narayan (MJN) di Cooch Behar untuk rawatan. 

Bagaimanapun, selepas dirawat selama lapan hari, mangsa meninggal dunia pada Rabu (semalam) di hospital.

Sementara itu, polis telah menahan lima orang, termasuk tertuduh utama dalam kejadian itu.

Bapa saudara mangsa yang berduka mendakwa tertuduh yang ditahan mempunyai kaitan dengan BJP. 

Insiden itu kemudiannya membawa kepada kemarahan dalam kalangan pekerja TMC yang mengadakan protes di hadapan hospital MJN semalam.

Sumber: India Today

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *