Antarabangsa
EU peruntuk RM5.07 juta kepada UNRWA, pelarian Palestin
Kesatuan Eropah (EU) memperuntukkan €1 juta (RM5.07 juta) kepada Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) untuk melindungi pelarian Palestin yang terjejas akibat perang dan pemindahan paksa di Tebing Barat yang diduduki, termasuk di Baitulmaqdis Timur.
- Kesatuan Eropah (EU) memperuntukkan €1 juta (RM5.07 juta) kepada Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) untuk melindungi pelarian Palestin yang terjejas akibat perang dan pemindahan paksa di Tebing Barat yang diduduki, termasuk di Baitulmaqdis Timur.
- EU membiayai Unit Intervensi Krisis UNRWA, yang menyediakan bantuan tunai, pertolongan cemas psikologi dan perkhidmatan lain untuk menyokong mereka yang mengalami pemindahan paksa, perobohan rumah dan pelbagai bentuk keganasan.
- “Perkongsian EU dengan UNRWA bertujuan untuk melindungi orang awam dengan lebih baik, terutamanya kanak-kanak di kem pelarian” kata Pesuruhjaya Eropah bagi Pengurusan Krisis, Janez Lenarcic.
- Kebanyakan kematian rakyat Palestin tahun ini berlaku semasa operasi ketenteraan dan penguatkuasaan undang-undang Israel.
London – Kesatuan Eropah (EU) memperuntukkan €1 juta (RM5.07 juta) kepada Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) untuk melindungi pelarian Palestin yang terjejas akibat perang dan pemindahan paksa di Tebing Barat yang diduduki, termasuk di Baitulmaqdis Timur.
Pengarah Hal Ehwal UNRWA di Tebing Barat, Adam Bouloukos menyatakan penghargaannya kepada EU atas sokongan “terutamanya pada masa persekitaran perlindungan yang terus merosot.”
“Dana ini datang pada masa yang kritikal memandangkan keadaan kewangan agensi yang teruk dan keperluan yang banyak di Jenin,” katanya dipetik Arab News.
Sejak awal 2023, Tebing Barat mengalami peningkatan keganasan terhadap orang awam dengan kes terbaru adalah serangan Israel ke atas Kem Pelarian Jenin.
Kebanyakan kematian rakyat Palestin tahun ini berlaku semasa operasi ketenteraan dan penguatkuasaan undang-undang Israel.
EU membiayai Unit Intervensi Krisis UNRWA, yang menyediakan bantuan tunai, pertolongan cemas psikologi dan perkhidmatan lain untuk menyokong mereka yang mengalami pemindahan paksa, perobohan rumah dan pelbagai bentuk keganasan.
“Perkongsian EU dengan UNRWA bertujuan melindungi orang awam dengan lebih baik, terutamanya kanak-kanak di kem pelarian” kata Pesuruhjaya Eropah bagi Pengurusan Krisis, Janez Lenarcic.
“Mereka adalah orang yang merasai beban penuh daripada tekanan itu. Kami komited untuk meneruskan sokongan kepada golongan pelarian yang paling berisiko tanpa rasa berbelah bagi,” kata Lenarcic.
Sumber: Arab News