Connect with us

Antarabangsa

El Nino berisiko cetus krisis beras global – Saintis

Bekalan beras dunia berdepan situasi buruk ketika corak cuaca diramal menjejaskan lagi rangkaian, lapor akhbar Daily Star Khamis lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

El Nino berisiko cetus krisis beras global – Saintis
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Bekalan beras dunia berdepan situasi buruk ketika corak cuaca diramal menjejaskan lagi rangkaian, lapor akhbar Daily Star Khamis lalu.
  • Pengeluaran beras di serata rantau Asia Selatan dan Asia Tenggara dijangka terjejas berikutan fenomena cuaca El Nino yang melanda dunia, menyebabkan cuaca menjadi lebih panas serta kering.
  • Situasi itu berlaku ketika pasaran global beras terjejas akibat impak perang di Ukraine.
  • El Nino menyebabkan beberapa bahagian di Lautan Pasifik menjadi lebih panas dalam cara semula jadi dan sementara, namun pemanasan global menjadikan fenomena tersebut lebih ekstrem.
  • Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Nasional mengumumkan ketibaan El Nino sama ada sebulan atau dua bulan lebih awal berbanding jangkaan. Ia bermakna El Nino kali ini mempunyai lebih banyak masa untuk berkembang dan memuncak.

LONDON – Bekalan beras dunia berdepan situasi buruk ketika corak cuaca diramal menjejaskan lagi rangkaian, lapor akhbar Daily Star Khamis lalu.

Pengeluaran beras di serata rantau Asia Selatan dan Asia Tenggara dijangka terjejas berikutan fenomena cuaca El Nino yang melanda dunia, menyebabkan cuaca menjadi lebih panas serta kering.

Situasi itu berlaku ketika pasaran global beras terjejas akibat impak perang di Ukraine.

El Nino menyebabkan beberapa bahagian di Lautan Pasifik menjadi lebih panas dalam cara semula jadi dan sementara, namun pemanasan global menjadikan fenomena tersebut lebih ekstrem.

Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Nasional mengumumkan ketibaan El Nino sama ada sebulan atau dua bulan lebih awal berbanding jangkaan. Ia bermakna El Nino kali ini mempunyai lebih banyak masa untuk berkembang dan memuncak.

El Nino bermakna kurang taburan hujan yang merupakan berita buruk untuk penanaman padi yang memerlukan banyak air untuk membesar.

Keadaan kering tersebut dijangka melanda sebilangan kawasan di Asia. Benua berkenaan merangkumi sekitar 90 peratus penanaman dan penggunaan beras, demikian menurut laporan akhbar Independent.

Menurut saintis-saintis, El Nino yang kuat boleh menyebabkan cuaca ekstrem sama ada kemarau atau banjir.

Penganalisis penyelidikan di Institut Penyelidikan Dasar Makanan Antarabangsa, Abdullah Mamun berkata, harga beras putih berkualiti lima peratus hancur meningkat sebanyak 16 peratus di Thailand pada Jun 2023 berbanding bulan sama tahun lalu.

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *