Antarabangsa
Disyaki bawa daging lembu, pemuda Islam dipukul hingga mati
Dua lelaki Islam diserang kumpulan perusuh dengan ganas kerana disyaki membawa daging lembu di Nashik, Maharashtra, India.

- Dua lelaki Islam diserang kumpulan perusuh dengan ganas kerana disyaki membawa daging lembu di Nashik, Maharashtra, India.
- Serangan itu mengakibatkan kematian Affan Abdul Majeed Ansari, 32, dari Kurla (Mumbai), manakala rakannya, Nasir Ghulam Hussain Qureshi dilaporkan cedera.
- Menurut keluarga Ansari, mereka percaya kumpulan penyerang dikaitkan dengan kumpulan pengawal lembu (cow vigilantes) serta kumpulan pelampau Hindu, Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS) dan Bajrang Dal.
- Susulan insiden itu, pihak berkuasa mengambil tindakan dengan mendaftarkan kes terhadap sekumpulan 15 individu tidak dikenali yang terlibat dalam serangan itu.
- Pegawai polis tempatan memaklumkan daging ditemui dalam kereta milik dua lelaki Islam itu telah dihantar kepada forensik untuk menentukan sama ada ia daging lembu atau kerbau.
Dua lelaki Islam diserang kumpulan perusuh dengan ganas kerana disyaki membawa daging lembu di Nashik, Maharashtra, India.
Serangan itu mengakibatkan kematian Affan Abdul Majeed Ansari, 32, dari Kurla (Mumbai), manakala rakannya, Nasir Ghulam Hussain Qureshi dilaporkan cedera.
Muslim Mirror pada 26 Jun lalu melaporkan sekumpulan lelaki bertindak menghentikan kereta dinaiki Ansari dan Qureshi sebelum mereka berdua diserang dengan kejam.
Menurut keluarga Ansari, mereka percaya kumpulan penyerang dikaitkan dengan kumpulan pengawal lembu (cow vigilantes) serta kumpulan pelampau Hindu, Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS) dan Bajrang Dal.
“Penyerang, yang terdiri daripada kira-kira 26 individu dikaitkan dengan kumpulan berhaluan kanan, menyerang mereka dengan ganas di dalam kereta, memegang tangan mereka dan dipukul berterusan selama tiga jam. Kekejaman itu mengakibatkan Ansari maut. Apabila memeriksa kereta itu, kami tidak menemui sebarang bukti (daging lembu),” kata bapa saudaranya, Mohd Asghar kepada media tempatan.
Susulan insiden itu, pihak berkuasa dilaporkan mengambil tindakan dengan mendaftarkan kes terhadap 15 individu tidak dikenali yang terlibat.
“Apabila tiba di lokasi, kami mendapati kereta itu dalam keadaan rosak. Mangsa berada di dalam kereta dan kami menghantar mangsa ke hospital berdekatan di mana salah seorang daripada mereka meninggal dunia,” kata timbalan ketua polis Nashik, SP Sunil Bhamre.
Pegawai polis tempatan berkata daging yang ditemui dalam kereta milik dua lelaki Islam itu telah dihantar kepada forensik untuk menentukan jenis daging sama ada lembu atau kerbau.
Sumber: Muslim Mirror
