Connect with us

Antarabangsa

Bilal masjid dan anak muda dipaksa laung “Jai Shri Ram” ketika azan

Sekumpulan tentera didakwa memaksa penduduk kampung di selatan Kashmir melaungkan ‘Jai Shri Ram’, iaitu slogan agama hindu yang bermaksud “Hiduplah tuhan Rama” atau “Kemenangan bagi tuhan Rama”, di dalam sebuah masjid ketika azan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Bilal masjid dan anak muda dipaksa laung “Jai Shri Ram” ketika azan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekumpulan tentera didakwa memaksa penduduk kampung selatan Kashmir melaungkan slogan ‘Jai Shri Ram’ di dalam sebuah masjid ketika azan.
  • Perkara itu menyebabkan dua bekas ketua menteri Jammu dan Kashmir (J&K) mendesak supaya kertas siasatan dibuka atas insiden yang berlaku di daerah Pulwama itu.
  • Menurut laporan The Wire, insiden itu berlaku ketika Menteri Dalam Negeri India, Amit Shah sedang melawat J&K bagi memantau situasi keselamatan kawasan itu.
  • Penduduk Zadoora menyatakan tentera dari 50 Rashtriya Rifles itu tiba di perkampungan tersebut pada awal pagi 24 Jun lalu.
  • Seorang pegawai polis kanan memaklumkan siasatan mendalam berkenaan kes itu telah dimulakan.

Sekumpulan tentera didakwa memaksa penduduk kampung di selatan Kashmir melaungkan ‘Jai Shri Ram’, iaitu slogan agama hindu yang bermaksud “Hiduplah tuhan Rama” atau “Kemenangan bagi tuhan Rama”, di dalam sebuah masjid ketika azan.

Perkara itu menyebabkan dua bekas ketua menteri Jammu dan Kashmir (J&K) mendesak supaya kertas siasatan dibuka atas insiden yang berlaku di daerah Pulwama itu.

Menurut laporan The Wire, Insiden itu berlaku ketika Menteri Dalam Negeri India, Amit Shah sedang melawat J&K bagi memantau situasi keselamatan kawasan itu.

Insiden itu mencetuskan kemarahan besar-besaran aktivis masyarakat dan pemimpin politik menyifatkannya sebagai pencabulan kebebasan beragama dan serangan terhadap kesucian agama umat Islam.

Penduduk Zadoora menyatakan tentera dari 50 Rashtriya Rifles itu tiba di perkampungan tersebut pada awal pagi 24 Jun lalu.

Pengerusi Persatuan Awam Zadoora, Mohammad Altaf Bhat dimaklumkan askar yang bertugas di situ menjalankan latihan ‘Mock Drill’ (latihan olok-olok) bagi melatih rekrut mereka dalam operasi tertentu.

Ketika azan Subuh, tentera bertindak memaksa bilal menyebut ‘Jai Shri Ram’ di pertengahan azan, diikuti sahutan anak-anak muda yang turut dikerahkan menyebut ayat yang sama melalui pembesar suara.

Penduduk tempatan turut mendakwa dipukul selain Masjid Jamek Zadoora, masjid terbesar di selatan perkampungan Kashmir itu, turut dirosakkan.

Jurucakap pasukan tentera di Srinagar dan Ketua Polis Kashmir Vijay Kumar belum memberi sebarang maklum balas berkenaan insiden itu.

Seorang pegawai polis kanan memaklumkan siasatan mendalam berkenaan kes itu telah dimulakan.

Sumber: The Wire India

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *