Connect with us

Antarabangsa

Arab Saudi kecam keras Sweden atas insiden pembakaran al-Quran berulang

Arab Saudi pada Khamis mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya “tindakan berulang dan tidak bertanggungjawab pihak berkuasa Sweden memberikan pelampau permit rasmi yang membenarkan mereka membakar dan mencemarkan al-Quran,” kata kementerian luarnya dalam satu kenyataan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Arab Saudi kecam keras Sweden atas insiden pembakaran al-Quran berulang
Foto: Penunjuk perasaan, Salwan Momika mengibarkan bendera Sweden di luar kedutaan Iraq di Stockholm.
  • Arab Saudi pada Khamis mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya “tindakan berulang dan tidak bertanggungjawab pihak berkuasa Sweden memberikan pelampau permit rasmi yang membenarkan mereka membakar dan mencemarkan al-Quran,” kata kementerian luarnya dalam satu kenyataan.
  • Penunjuk perasaan, termasuk pendatang Iraq ke Sweden, Salwan Momika, yang membakar al-Quran di luar masjid Stockholm pada Jun lalu menerima kebenaran daripada polis Sweden untuk membakar al-Quran di luar kedutaan Iraq pada Khamis.
  • Kementerian Luar Arab Saudi menyifatkan langkah itu sebagai “tindakan yang merupakan provokasi sistematik terhadap perasaan berjuta-juta umat Islam di seluruh dunia”.

RIYADH – Arab Saudi pada Khamis mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya “tindakan berulang dan tidak bertanggungjawab pihak berkuasa Sweden memberikan pelampau permit rasmi yang membenarkan mereka membakar dan mencemarkan al-Quran,” kata kementerian luarnya dalam satu kenyataan.

Penunjuk perasaan, termasuk pendatang Iraq ke Sweden, Salwan Momika, yang membakar al-Quran di luar masjid Stockholm pada Jun lalu menerima kebenaran daripada polis Sweden untuk membakar al-Quran di luar kedutaan Iraq pada Khamis.

Menurut laporan Arab News, Kementerian Luar Arab Saudi menyifatkan langkah itu sebagai “tindakan yang merupakan provokasi sistematik terhadap perasaan berjuta-juta umat Islam di seluruh dunia”.

Kementerian berkenaan akan memanggil Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Sweden di Arab Saudi untuk menyerahkan nota bantahan kerajaan Arab Saudi kepada kerajaan Sweden.

Ia menuntut Sweden mengambil langkah segera dan perlu untuk menghentikan perbuatan memalukan itu yang melanggar semua ajaran agama dan undang-undang antarabangsa serta norma.

Kementerian Luar Arab Saudi turut menegaskan “penolakan mutlak kerajaan terhadap semua tindakan itu yang mencetuskan kebencian antara agama dan mengehadkan dialog antara rakyat”.

Arab Saudi menyertai komuniti antarabangsa dalam mengecam insiden itu dan beberapa negara lain telah memanggil duta Sweden di negara masing-masing, manakala Iraq mengusir diplomat negara Skandinavia itu pada Khamis.

Sumber: Arab News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *