Connect with us

Terkini

(VIDEO) Ada kumpulan advokasi tawar khidmat pengguguran ‘selamat’ – Pengguna Twitter

Seorang pengguna Twitter menyatakan  kumpulan advokasi Persatuan Hak Kesihatan Wanita (RRAAM) menawarkan khidmat pengguguran ‘selamat’ yang mengikuti undang-undang. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hanani Zulkifli

Published

on

(VIDEO) Ada kumpulan advokasi tawar khidmat pengguguran ‘selamat’ – Pengguna Twitter
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang pengguna Twitter menyatakan kumpulan advokasi, Persatuan Hak Kesihatan Wanita (RRAAM) menawarkan khidmat pengguguran ‘selamat’ yang mengikuti undang-undang. 
  • Menerusi ciapannya di akaun Twitter pada Jumaat lalu, perkhidmatan itu dikatakan disediakan bagi mengelakkan pengedaran dan pembelian pil gugur kandungan berlaku secara berleluasa di atas talian. 
  • Abortion is LEGAL in MalaysiaAbortion pills are NOT ALLOWED to be distributed in Malaysia (Pengguguran sah di sisi undang-undang Malaysia. Pil gugur tidak dibenarkan edar di Malaysia),” katanya.  
  • Dengan ‘lesen kebenaran’ pengguguran janin itu, pengguna Twitter ini dilihat seperti mempromosi proses pengguguran yang dikatakan lebih selamat dan sah di sisi undang-undang iaitu berada di bawah pemantauan kumpulan advokasi terbabit. 
  • Menurutnya, kumpulan advokasi itu menyediakan khidmat medical abortion (pengguguran perubatan) di mana pengguna akan diberi panduan cara membeli pil gugur yang diiktiraf dan mereka akan dibantu pengamal perubatan menerusi atas talian bagi memandu proses pengguguran supaya tidak berlakunya komplikasi.
  • Cubaan The Merdeka Times untuk mendapatkan komen RRAAM berhubung isu itu sejak semalam belum mendapat sebarang maklum balas.

KUALA LUMPUR: Seorang pengguna Twitter menyatakan  kumpulan advokasi Persatuan Hak Kesihatan Wanita (RRAAM) menawarkan khidmat pengguguran ‘selamat’ yang mengikuti undang-undang. 

Menerusi ciapannya di akaun Twitter @srikandiemma_  pada Jumaat lalu, perkhidmatan itu dikatakan disediakan bagi mengelakkan pengedaran dan pembelian pil gugur kandungan berlaku secara berleluasa di atas talian. 

Abortion is LEGAL in Malaysia (Pengguguran sah di sisi undang-undang Malaysia).  

“Abortion pills are NOT ALLOWED to be distributed in Malaysia (Pil gugur tidak dibenarkan edar di Malaysia),” kata pengguna Twitter itu ketika mengulas isu lambakan kegiatan jualan pil gugur atas talian.   

Beliau menyifatkan undang-undang pengguguran janin di Malaysia lebih progresif berbanding Barat di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 312 yang membenarkan pengguguran janin dilakukan pengamal perubatan berdaftar dan ia berpendapat penerusan kehamilan akan melibatkan risiko kepada nyawa, atau kecederaan kepada kesihatan fizikal atau mental perempuan hamil tersebut.

Disebabkan ‘lesen kebenaran’ pengguguran janin itu, pengguna Twitter ini dilihat seperti mempromosi proses pengguguran yang dikatakan lebih selamat dan sah di sisi undang-undang iaitu dengan di bawah pemantauan kumpulan advokasi terbabit. 

“Jika anda menghadapi unwanted pregnancy (kehamilan tidak dirancang), jangan beli pil gugur online. 

Boleh hubungi RRAA Malaysia dan minta khidmat nasihat dari barisan para kaunselor bertauliah untuk safe abortion,” katanya. 

Foto: Tangkap layar pautan laman web FAQs – RRAAM Malaysia.

Menurutnya, kumpulan advokasi itu menyediakan khidmat medical abortion (pengguguran perubatan) di mana pengguna akan diberi panduan cara membeli pil gugur yang diiktiraf dan mereka akan dibantu pengamal perubatan menerusi atas talian bagi memandu proses pengguguran supaya tidak berlakunya komplikasi.

Malah, katanya, setiap proses pengguguran turut dikenakan caj bayaran mengikut peringkat kandungan janin itu.

Foto: Tangkap layar pautan laman web FAQs – RRAAM Malaysia.

Rata-rata pembaca ciapan itu turut memberi respon sokongan dan galakan pada kenyataannya supaya bijak memilih kaedah pengguguran yang ‘selamat’.

Foto: Tangkap layar ciapan komentar pembaca-pembaca ciapan yang bersetuju dengan kenyataannya di Twitter.

Pengguna Twitter itu akhiri ciapannya dengan satu kenyataan berani berbunyi, “This thread isn’t promoting abortion but at least. Issa a choice (Bebenang ini bukanlah promosi pengguguran. Tetapi sekurangnya ia adalah pilihan).” 

Cubaan The Merdeka Times untuk mendapatkan komen RRAAM berhubung isu itu sejak semalam belum mendapat sebarang maklum balas. – THE MERDEKA TIMES 

Sumber: Twitter MINA JUAL RENDANG

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *