Terkini
9 daripada 10 individu percaya Dasar Gaji Progresif akan gagal – Rafizi
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyedari bahawa segelintir pihak menganggap Dasar Gaji Progresif sukar untuk dilaksanakan, dan ia disifatkan sebagai terlalu bercita-cita tinggi.
- Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyedari segelintir pihak menganggap Dasar Gaji Progresif sukar untuk dilaksanakan, dan ia disifatkan sebagai terlalu bercita-cita tinggi.
- Begitu pun, Rafizi berharap kakitangan Kementerian Ekonomi percaya kepada usaha itu, yang dibawa Kerajaan Perpaduan bagi memastikan isu gaji dalam negara dapat diselesaikan.
- “Secara konsepnya, ia (Dasar Gaji Progresif) satu perkara yang tidak pernah dicuba oleh mana-mana pentadbiran sebelum ini. Saya tahu dalam satu bilik (yang mempunyai) 10 orang dan bila saya tanya, sembilan orang kata ini tak akan jadi… ini akan gagal dan akan ada macam-macam sinikal.”
- “Jadi fokus kita adalah untuk bergerak ke depan satu langkah ke satu langkah. Perkara-perkara besar (yang akan) mengubah masyarakat dan ekonomi, tidak pernah berlaku dengan satu hari atau satu keputusan, ia terus jadi,” katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Menteri Ekonomi bersama Warga Kementerian Ekonomi, di sini pada Selasa.
- Dasar Gaji Progresif dijangka dibentangkan buat kali pertama pada Ogos ini kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).
PUTRAJAYA: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyedari bahawa segelintir pihak menganggap Dasar Gaji Progresif sukar untuk dilaksanakan, dan ia disifatkan sebagai terlalu bercita-cita tinggi.
Begitu pun, Rafizi berharap kakitangan Kementerian Ekonomi percaya kepada usaha itu, yang dibawa oleh Kerajaan Perpaduan bagi memastikan isu gaji dalam negara dapat diselesaikan.
“Secara konsepnya, ia (Dasar Gaji Progresif) satu perkara yang tidak pernah dicuba oleh mana-mana pentadbiran sebelum ini. Saya tahu dalam satu bilik (yang mempunyai) 10 orang dan bila saya tanya, sembilan orang kata ini tak akan jadi… ini akan gagal dan akan ada macam-macam sinikal.
“Saya selalu sebut bahawa dalam politik dan pentadbiran, mentadbir sesuatu bukan sahaja negara, (tetapi juga) pentadbiran organisasi, dia macam main ‘American football’.
“Jadi fokus kita adalah untuk bergerak ke depan satu langkah ke satu langkah. Perkara-perkara besar (yang akan) mengubah masyarakat dan ekonomi, tidak pernah berlaku dengan satu hari atau satu keputusan, ia terus jadi,” katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Menteri Ekonomi bersama Warga Kementerian Ekonomi, di sini pada Selasa.
Berucap lanjut, Rafizi berkata Malaysia dilihat ketinggalan berbanding ekonomi-ekonomi lain kerana banyak hasil tidak dijana kembali kepada para pekerja.
Beliau menambah, pentadbiran-pentadbiran sebelum ini didakwa mengambil pendirian bahawa Dasar Gaji Progresif sukar untuk dilakukan, dan membiarkan ‘ia berlaku dengan sendiri’.
“Sekarang kita dah tahu bahawa ia tak berlaku dengan sendiri dan memerlukan dasar kerajaan yang membimbing, tempat, serta insentif yang kita perlu pastikan beberapa peraturan mengenai gaji mesti dipatuhi,” katanya lagi.
Justeru, Ahli Parlimen Pandan itu yakin kertas dasar yang sedang disediakan oleh kementerian itu mampu mengubah sistem gaji sedia ada negara.
Ujarnya lagi, sebaik sahaja kertas dasar tersebut siap, Kementerian Ekonomi akan mendapatkan pandangan daripada kementerian dan agensi lain sebelum ia diputuskan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).
Dasar Gaji Progresif dijangka dibentangkan buat kali pertama pada Ogos ini kepada MTEN.
Sumber: Astro Awani