Connect with us

Terkini

Twitter tolak permintaan SKMM padam ciapan kritik PM

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) gagal meminta Twitter untuk menurunkan beberapa ciapan oleh pengkritik kerajaan, dalam langkah terbaru memadamkan pandangan yang tidak memihak kepada Putrajaya, MalaysiaNow difahamkan.

Wartawan TMT

Published

on

Twitter tolak permintaan SKMM padam ciapan kritik PM
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) gagal meminta Twitter menurunkan beberapa ciapan pengkritik kerajaan, dalam langkah terbaru memadamkan pandangan tidak memihak kepada Putrajaya, MalaysiaNow difahamkan.
  • Perkhidmatan rangkaian media sosial berpangkalan di Amerika Syarikat itu menolak permintaan SKMM menurunkan empat ciapan Salim Iskandar, yang kerap menyiarkan tulisan mempersendakan kerajaan campuran pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
  • “Memandangkan Twitter sangat percaya dalam mempertahankan dan menghormati suara pengguna kami, adalah menjadi dasar kami untuk memberitahu pengguna jika kami menerima permintaan undang-undang daripada entiti yang diberi kuasa (seperti penguatkuasa undang-undang atau agensi kerajaan) untuk memadamkan kandungan daripada akaun mereka,” kata Twitter dalam e-mel kepada Salim bagi memaklumkan permintaan SKMM kepadanya.
  • Salim sebelum ini menyiarkan beberapa siri ciapan mencabar Anwar mengangkat sumpah laknat menafikan dakwaan liwat yang mana beliau disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara pada 2015, sebelum diberikan pengampunan diraja pada 2018.
  • Dasar Twitter juga menghalang syarikat itu daripada mematuhi permintaan yang boleh menyekat kebebasan bersuara atau menutup mulut wartawan dan ucapan politik yang sah.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) gagal meminta Twitter untuk menurunkan beberapa ciapan oleh pengkritik kerajaan, dalam langkah terbaru memadamkan pandangan yang tidak memihak kepada Putrajaya, MalaysiaNow difahamkan.

Perkhidmatan rangkaian media sosial yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu menolak permintaan SKMM untuk menurunkan empat ciapan oleh Salim Iskandar, yang kerap menyiarkan tulisan mempersendakan kerajaan campuran pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Memandangkan Twitter sangat percaya dalam mempertahankan dan menghormati suara pengguna kami, adalah menjadi dasar kami untuk memberitahu pengguna jika kami menerima permintaan undang-undang daripada entiti yang diberi kuasa (seperti penguatkuasa undang-undang atau agensi kerajaan) untuk memadamkan kandungan daripada akaun mereka,” kata Twitter dalam e-mel kepada Salim bagi memaklumkan permintaan SKMM kepadanya.

Salim sebelum ini menyiarkan beberapa siri ciapan mencabar Anwar untuk mengangkat sumpah laknat bagi menafikan dakwaan liwat yang mana beliau disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara pada 2015, sebelum diberikan pengampunan diraja pada 2018.

Beliau juga menyelar perdana menteri kerana pendiriannya sekarang yang memihak kepada pelaburan China, membandingkan dengan kenyataan Anwar sebelum ini yang mengkritik kerajaan kerana bergantung hanya kepada Beijing, termasuk ketika Anwar menuduh kerajaan Najib Razak menjual negara kepada China.

Twitter dalam maklum balasnya menasihatkan Salim untuk memutuskan sama ada beliau mahu memadamkan siaran itu secara sukarela, atau mendapatkan khidmat peguam bela.

Syarikat itu mempunyai dasar meneliti permintaan daripada agensi kerajaan untuk memadam ciapan, tetapi ia hanya dipenuhi untuk kes yang melibatkan kemudaratan kepada kanak-kanak, ancaman kepada nyawa dan keganasan.

Advertisement

Dasar Twitter juga menghalang syarikat itu daripada mematuhi permintaan yang boleh menyekat kebebasan bersuara atau menutup mulut wartawan dan ucapan politik yang sah.

SKMM ialah sebuah agensi pengawal selia di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital diterajui Fahmi Fadzil, yang mengundang kontroversi kerana serangannya terhadap media serta ancaman tindakan polis terhadap pengkritik kerajaan baru-baru ini.

Fahmi dan SKMM sekali lagi menjadi tumpuan baru-baru ini selepas MalaysiaNow tidak dapat diakses, hanya beberapa jam selepas saluran berita dalam talian itu melaporkan tentang kemarahan Fahmi terhadap pengkritik kerajaan semasa sesi secara langsung di TikTok.

Walaupun Fahmi menafikan beliau mengeluarkan sebarang arahan untuk menyekat mana-mana portal berita, namun semakan menggunakan alat dalam talian menunjukkan sekatan itu dilakukan dengan cara biasa digunakan oleh pihak berkuasa untuk menyekat kandungan berunsur lucah dan yang tidak diingini.

Laman sesawang MalaysiaNow tidak boleh diakses oleh pengguna Unifi, Maxis dan Celcom, tetapi dibuka semula pada petang semalam tanpa sebarang sekatan pada tiga penyedia perkhidmatan internet utama di negara ini.

Sumber: MalaysiaNow

Advertisement

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending