Terkini
Tun Mahathir sedia kerjasama dengan Bersatu
Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bersedia bekerjasama dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya kedua-dua pihak mencapai matlamat sama.

- Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bersedia bekerjasama dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya kedua-dua pihak mencapai matlamat sama.
- Bekas Perdana Menteri itu berkata, usaha untuk memperjuangkan nasib orang Melayu perlu dijadikan matlamat selain menolak individu terpalit rasuah atau salah laku jenayah.
- “Kita hendak adakan kerjasama, tetapi matlamat mesti ditentukan. Kita (Melayu) berpecah jadi banyak parti, kita hilang kuasa.
- “Saya sedia bekerjasama dengan orang yang faham dengan orang yang faham dengan masalah besar dihadapi orang Melayu,” katanya.
BANGI – Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bersedia bekerjasama dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya kedua-dua pihak mencapai matlamat sama.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, usaha untuk memperjuangkan nasib orang Melayu perlu dijadikan matlamat selain menolak individu terpalit rasuah atau salah laku jenayah.
“Masyarakat Melayu yang berpecah mengikut politik kepartian mengakibatkan parti politik Melayu sukar untuk memperbetulkan sebarang keadaan.
“Kita hendak adakan kerjasama, tetapi matlamat mesti ditentukan. Kita (Melayu) berpecah jadi banyak parti, kita hilang kuasa.
“Bila hilang kuasa, kita tidak boleh betulkan keadaan yang merugikan orang Melayu. Sebab itu kita perlu bersatu,” katanya seperti dipetik portal tempatan, semalam.
Mengulas lanjut, Tun Mahathir yang kini berusia 97 tahun berkata, kesediaan untuk bekerjasama hanya boleh dibuat dengan pihak yang faham dengan masalah yang dihadapi orang Melayu.
“Saya sedia bekerjasama dengan orang yang faham dengan orang yang faham dengan masalah besar dihadapi orang Melayu,” katanya.
Sumber: Ismaweb
