Connect with us

Terkini

Sasaran negara kurang tabiat merokok menjelang 2025 mungkin gagal

Ketua yayasan di bawah Jabatan Perdana Menteri berkata negara berkemungkinan gagal mencapai sasaran pada 2025 untuk mengurangkan tabiat merokok.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Sasaran negara kurang tabiat merokok menjelang 2025 mungkin gagal
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ketua yayasan di bawah Jabatan Perdana Menteri berkata negara berkemungkinan gagal mencapai sasaran pada 2025 untuk mengurangkan tabiat merokok.
  • Malaysia sebelum ini menetapkan sasaran pengurangan 50% tabiat merokok dalam tempoh dua tahun lagi, kata Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (PEACE), Zokhri Idris.
  • Tabiat merokok ditakrif menerusi peratusan populasi berusia 15 tahun dan ke atas yang sedang menggunakan apa jua jenis rokok.
  • Bagaimanapun, katanya, kertas kajian diterbitkan pada Mac lalu, menunjukkan bermula 1986 hingga 2019, tabiat merokok kekal antara 20 ke 25%.
  • “Dan ia sebelum pandemik. Saya tidak dapat bayangkan peratusan peningkatan ketika pandemik (Covid-19),” katanya ketika menjadi panel perbincangan dianjurkan Phillip Morris mengenai pengurangan bahaya tembakau.

PETALING JAYA: Ketua yayasan di bawah Jabatan Perdana Menteri berkata negara berkemungkinan gagal mencapai sasaran pada 2025 untuk mengurangkan tabiat merokok.

Malaysia sebelum ini menetapkan sasaran pengurangan 50% tabiat merokok dalam tempoh dua tahun lagi, kata Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (PEACE), Zokhri Idris.

Tabiat merokok ditakrif menerusi peratusan populasi berusia 15 tahun dan ke atas yang sedang menggunakan apa jua jenis rokok.

Bagaimanapun, katanya, kertas kajian diterbitkan pada Mac lalu, menunjukkan bermula 1986 hingga 2019, tabiat merokok kekal antara 20 ke 25%.

“Dan ia sebelum pandemik. Saya tidak dapat bayangkan peratusan peningkatan ketika pandemik (Covid-19),” katanya ketika menjadi panel perbincangan dianjurkan Phillip Morris mengenai pengurangan bahaya tembakau.

Zokhri juga ragu peruntukan Generasi Penamat (GEG) dalam Rang Undang-Undang (RUU) kawalan produk tembakau dan merokok, mampu mengurangkan jumlah perokok.

“Apa yang kita perlukan pendekatan pengurangan, menjelmakan proses transisi yang cekap dari titik A ke titik B. Keutamaan kita adalah memastikan langkah diambil dibuat secara progresif dalam usaha mengurangkan tabiat merokok di Malaysia.”katanya.

Panel lain, Presiden Malaysia Society of Harm Reduction, Dr Sharifah Ezat Wan Puteh, berkata 40% lelaki di negara ini berusia di atas 15 tahun merupakan perokok.

Jika wanita dimasukkan, jumlah itu sekitar 20% daripada jumlah keseluruhan populasi, katanya.

Dalam konteks perokok, Sharifah berkata, pengurangan bahaya termasuk memujuk perokok menggunakan pendekatan lain yang kurang memudaratkan. Katanya, alternatif seperti rokok elektronik, vape, dan produk pemanasan tembakau tanpa pembakaran (heat-not-burn) perlu dipertimbang.

“Bagaimanapun, vaping bukanlah tidak bahaya langsung, jika anda bukan perokok, tiada sebab menggunakannya sama sekali.”katanya.

Sumber: Free Malaysia Today

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *