Connect with us

Antarabangsa

Rempuh lima wanita Islam hingga maut, lelaki Minnesota didakwa membunuh babitkan nahas kenderaan

Anak lelaki bekas wakil rakyat Minnesota didakwa pada Khamis lalu atas beberapa pertuduhan pembunuhan membabitkan nahas kenderaan selepas dia memecut dan membunuh lima wanita Islam yang sedang bersiap untuk perkahwinan rakan mereka, kata pendakwa raya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Rempuh lima wanita Islam hingga maut, lelaki Minnesota didakwa membunuh babitkan nahas kenderaan
Foto: Gambar ribuan orang menunaikan solat jenazah bagi lima wanita Islam tersebut pada Isnin.
  • Anak lelaki bekas wakil rakyat Minnesota didakwa pada Khamis lalu atas beberapa pertuduhan pembunuhan membabitkan nahas kenderaan selepas dia memecut masuk dan membunuh lima wanita Islam yang sedang bersiap untuk perkahwinan rakan mereka, kata pendakwa raya.
  • Derrick John Thompson, 27, dari Brooklyn Park, Amerika Syarikat (AS) didakwa atas 10 pertuduhan jenayah pembunuhan kenderaan dalam nahas malam Jumaat, kata Peguam Daerah, Hennepin Mary Moriarty dalam satu kenyataan.
  • Mangsa dikenalpasti adalah Siham Adan Odhowa, 19, Sahra Liban Gesaade, 20, Sabiriin Mohamoud Ali, 17, Sagal Burhaan Hersi, 19, dan Salma Mohamed Abdikadir, 20.

Anak lelaki bekas wakil rakyat Minnesota didakwa pada Khamis lalu atas beberapa pertuduhan pembunuhan membabitkan nahas kenderaan selepas dia memecut dan membunuh lima wanita Islam yang sedang bersiap untuk perkahwinan rakan mereka, kata pendakwa raya.

Derrick John Thompson, 27, dari Brooklyn Park, Amerika Syarikat (AS) didakwa atas 10 pertuduhan jenayah pembunuhan kenderaan dalam nahas malam Jumaat, kata Peguam Daerah, Hennepin Mary Moriarty dalam satu kenyataan.

Menurut laporan NBC News, Derrick adalah anak kepada bekas wakil negeri Minnesota, Rep. John Thompson.

Walaupun pertuduhan telah difailkan, bukti tambahan masih diproses, termasuk toksikologi darah Derrick dan ujian DNA, kata Hennepin.

Pemeriksa perubatan Daerah Hennepin mengenal pasti mangsa sebagai Siham Adan Odhowa, 19, Sahra Liban Gesaade, 20, Sabiriin Mohamoud Ali, 17, Sagal Burhaan Hersi, 19, dan Salma Mohamed Abdikadir, 20.

“Penguatkuasa undang-undang yang bertindak balas ke tempat nahas juga menemui pistol separa automatik berkaliber Glock 40 dengan extended magazine, bersama-sama dengan sejumlah besar fentanyl dari kenderaan Derrick,” kata Hennepin.

Hennepin juga berbincang dengan Pejabat Peguam AS dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mengenai kemungkinan pertuduhan persekutuan berkaitan senjata api dan narkotik, kata kenyataan itu.

Selain itu, rekod penjara Hennepin County menunjukkan Derrick berada dalam tahanan pada Khamis lalu.

Suspek ditahan atas kemungkinan melakukan pembunuhan dan tidak jelas sama ada dia mempunyai seorang peguam ataupun tidak, kata polis.

“Kematian lima wanita muda ini menyedihkan orang yang mereka sayangi dan telah menggegarkan komuniti kami. 

“Kami menghargai setiap nyawa wanita muda ini dan merancang untuk mendapatkan hukuman berasingan bagi setiap nyawa yang hilang. Saya sangat percaya pada potensi untuk penebusan dan peluang kedua, tetapi Encik Derrick telah berulang kali terlibat dalam tingkah laku jenayah yang sangat berbahaya berkaitan dengan pengedaran dadah berskala besar,” kata Hennepin. 

“Beliau telah menyebabkan kesakitan dan penderitaan yang tidak terkira di beberapa negeri dan kami akan mendapatkan hukuman penting yang sesuai mencerminkan kemusnahan yang telah ditimbulkannya dan memastikan tempoh ketidakupayaan yang panjang,” katanya.

Sumber: NBC News

Author