Antarabangsa
Qatar tamatkan semua sekatan COVID-19
Kementerian Kesihatan Awam Qatar mengumumkan penarikan baki sekatan terakhir yang diperkenalkan di tengah-tengah pandemik COVID-19 termasuk pemakaian pelitup muka di kemudahan perubatan.
- Kementerian Kesihatan Awam Qatar mengumumkan penarikan baki sekatan terakhir yang diperkenalkan di tengah-tengah pandemik COVID-19 termasuk pemakaian pelitup muka di kemudahan perubatan.
- “Pekerja organisasi perkhidmatan pelanggan tidak lagi perlu memakai pelitup muka semasa bertugas. Orang ramai juga tidak diwajibkan memakai pelitup muka apabila memasuki hospital, pusat kesihatan dan kemudahan penjagaan kesihatan lain,” menurut kementerian itu di Twitter, lapor Sputnik.
- Kementerian itu mengingatkan orang ramai untuk mengelakkan melawat pesakit yang mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan, seperti demam panas atau batuk di hospital.
DOHA — Kementerian Kesihatan Awam Qatar mengumumkan penarikan baki sekatan terakhir yang diperkenalkan di tengah-tengah pandemik COVID-19 termasuk pemakaian pelitup muka di kemudahan perubatan.
“Pekerja organisasi perkhidmatan pelanggan tidak lagi perlu memakai pelitup muka semasa bertugas. Orang ramai juga tidak diwajibkan memakai pelitup muka apabila memasuki hospital, pusat kesihatan dan kemudahan penjagaan kesihatan lain,” menurut kementerian itu di Twitter, lapor Sputnik.
Kementerian itu mengingatkan orang ramai untuk mengelakkan melawat pesakit yang mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan, seperti demam panas atau batuk di hospital.
Sepanjang pandemik, Qatar memperkenalkan beberapa langkah sekatan yang paling tegas dan pembelajaran jarak jauh diamalkan di sekolah sehingga permulaan tahun akademik semasa. — BERNAMA
Sumber: Bernama