Terkini
PRN : Pemimpin, ahli MUDA yang enggan bersama Syed Saddiq diajak sertai DAP
DAP semalam mempelawa pemimpin dan ahli Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang tidak bersetuju dengan pendirian kepemimpinannya bertanding solo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak, untuk menyertai komponen Pakatan Harapan (PH) itu.

- DAP semalam mempelawa pemimpin dan ahli MUDA yang tidak bersetuju pendirian kepemimpinannya bertanding solo dalam PRN, untuk menyertai komponen PH itu.
- Ketua Biro Pilihan Raya DAP Selangor, Rajiv Rishyakaran, berkata MUDA kini berpecah dalam membuat keputusan, sama ada bersama PH atau bertanding solo.
- “Dengan rasminya, saya mengalu-alukan kepimpinan dan ahli MUDA yang mahu kekal bersama PH untuk menyertai DAP bagi menghadapi PRN,” katanya menerusi ciapan di Twitter, semalam.
- Keputusan mengajak MUDA menyertai mereka (DAP) bagi memastikan undi tidak berpecah dan memberi manfaat kepada Perikatan Nasional.
- MUDA semalam menyatakan pendirian akan bertanding solo di enam negeri yang akan diadakan dalam tempoh terdekat ini secara sendirian.
KUALA LUMPUR: DAP semalam mempelawa pemimpin dan ahli Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang tidak bersetuju dengan pendirian kepemimpinannya bertanding solo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak, untuk menyertai komponen Pakatan Harapan (PH) itu.
Ketua Biro Pilihan Raya DAP Selangor, Rajiv Rishyakaran, berkata MUDA kini berpecah dalam membuat keputusan, sama ada bersama Pakatan Harapan (PH) atau bertanding solo.
Susulan itu, beliau mempelawa sekiranya pihak yang menolak pendirian untuk bertanding secara solo itu, menyertai DAP menjelang PRN nanti.
“Saya sedar kepimpinan MUDA berpecah, sama ada kekal bersama PH atau bertanding secara solo dan ia juga bukan suatu keputusan yang mudah.
“Dengan rasminya, saya mengalu-alukan kepimpinan dan ahli MUDA yang mahu kekal bersama PH untuk menyertai DAP bagi menghadapi PRN,” katanya menerusi ciapan di Twitter, semalam.
Beliau yang juga bekas ADUN Bukit Gasing berkata, keputusan mengajak MUDA menyertai mereka itu adalah bagi memastikan undi tidak berpecah dan memberi manfaat kepada Perikatan Nasional.
“Beberapa kerusi di Selangor, Kedah dan Negeri Sembilan akan dipertandingkan dengan sengit dan ia akan ditentukan oleh segelintir pengundi, untuk menentukan siapa pemenangnya.
“Membahagikan undi akan memberi kelebihan PN,” katanya.
MUDA semalam menyatakan pendirian akan bertanding solo di enam negeri yang akan diadakan dalam tempoh terdekat ini secara sendirian.
Pendirian itu membuatkan MUDA bakal bertembung dengan PH yang bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) serta Perikatan Nasional yang dianggotai oleh PAS, BERSATU dan GERAKAN.
Sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November tahun lalu, MUDA yang ketika ini berada di blok kerajaan, sudah beberapa kali memohon menyertai PH sebagai ahli gabungan tetapi sehingga kini tidak mendapat sebarang maklum balas.
Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, ketika mengesahkan langkah terbaharu itu, menegaskan MUDA bertekad membawa suara rakyat dan memperkenalkan politik baru yang menjauhi amalan lapuk.
Sumber: Berita Harian
Terkini
Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
- Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
- “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
- “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
- Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.
“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.
“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.
“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.
Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.
“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.
“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.
Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.
Sumber : Harian Metro
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa2 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS