Connect with us

Antarabangsa

Pelajar Muslim dimarahi guru, dipaksa sertai acara Pride di sekolah

Seorang guru wanita di Kanada didakwa memarahi dan ‘mengancam’ pelajar-pelajar Muslim kerana mengelak daripada menyertai acara Pride di sekolah mereka yang meraikan kelompok songsang LGBT.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Pelajar Muslim dimarahi guru, dipaksa sertai acara Pride di sekolah
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang guru wanita di Kanada didakwa memarahi dan ‘mengancam’ pelajar-pelajar Muslim kerana mengelak daripada menyertai acara Pride di sekolah mereka bagi meraikan kelompok songsang LGBT.
  • Insiden itu didakwa berlaku di Londonderry Junior High School di Edmonton, Alberta.
  • Video rakaman audio guru itu sedang memarahi pelajar-pelajar Muslim di sekolahnya itu turut dikongsikan di akaun instagram @doamuslims.
  • Guru wanita itu berkata pelajar Muslim sepatutnya meraikan acara Pride kerana rakan mereka juga terlibat sama menyambut Ramadan.
  • Beliau berkata, berdasarkan nilai-nilai Kanada, seseorang itu bebas mengahwini sesiapa saja dan mana-mana pihak membantah, tidak layak berada di Kanada.

Seorang guru wanita di Kanada didakwa memarahi dan ‘mengancam’ pelajar-pelajar Muslim kerana mengelak daripada menyertai acara Pride di sekolah mereka yang meraikan kelompok songsang LGBT.

Insiden itu didakwa berlaku di Londonderry Junior High School di Edmonton, Alberta, demikian lapor Sportskeeda.

Video rakaman audio guru itu sedang memarahi pelajar-pelajar Muslim di sekolahnya itu turut dikongsikan di akaun instagram @doamuslims.

Guru wanita itu berkata pelajar Muslim sepatutnya meraikan acara Pride kerana rakan mereka juga terlibat sama menyambut Ramadan.

“They’re here when we did Ramadan, they’re showing respect to the class, for your religion, right? For your belief,” kata guru wanita itu.

Guru itu juga menyatakan jika pelajar Muslim tidak mahu melalui sebarang prejudis, pelajar terbabit sepatutnya melakukan perkara sama seperti rakan-rakan mereka yang lain.

“If you do not want to suffer prejudice for your religion, your color of skin, your whatever, then you better give it back to people who are different from you. That’s how it works. It’s an exchange,” katanya.

Guru itu berkata mereka yang menyokong hukuman mati ke atas pelaku gay seperti sedang berlaku di Uganda, tidak sepatutnya berada di Kanada.

Katanya, berdasarkan nilai-nilai Kanada, seseorang itu bebas mengahwini sesiapa saja dan mana-mana pihak membantah, tidak layak berada di Kanada.

“That is in the law, and if you don’t think that should be the law, you can’t be Canadian, you don’t belong here and I mean it. I really mean it, and it’s not a joke..” kata guru wanita itu.

Setakat ini, identiti guru wanita yang didakwa memaksa kepercayaannya ke atas individu lain itu, tidak didedahkan pihak sekolah.

Sumber: Instagram Doamuslims, Sportskeeda

Author