Connect with us

Terkini

PDRM, Imigresen digesa siasat pelawak Singapura hina Malaysia

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen (JIM) digesa menjalankan siasatan ke atas pelawak solo wanita Singapura, Jocelyn Chia ekoran tindakan menghina serta mengeluarkan kata-kata kesat terhadap negara ini dalam persembahannya.

Wartawan TMT

Published

on

PDRM, Imigresen digesa siasat pelawak Singapura hina Malaysia
Foto: Naib Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), Koo Shiaw Lee (kiri) dan Datuk Afdlin Shauki (kanan).
  • Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen (JIM) digesa menjalankan siasatan ke atas pelawak solo wanita Singapura, Jocelyn Chia ekoran tindakan menghina serta mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Malaysia dalam persembahannya.
  • Naib Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), Koo Shiaw Lee dalam kenyataannya semalam berkata, “Tidak bermakna Singapura mempunyai hubungan diplomatik yang baik bersama Malaysia, pelawak itu dapat terlepas daripada tindakan undang-undang. Saya menyeru pihak PDRM dan JIM, menjalankan siasatan terhadap Jocelyn Chia ekoran tindakannya, kalau boleh sekat pasport beliau daripada memasuki Malaysia.”
  • Pelawak popular tempatan, Datuk Afdlin Shauki turut beranggapan jenaka menyentuh kehilangan pesawat Malaysia, MH370 pada 2014 amat melampaui batas.
  • “Bagi saya, kalau kita mahu melawak, ada hadnya, janganlah sampai mempersendakan peristiwa MH370. Kalau sampai peristiwa itu pun nak buat lawak, anda tidak sensitif kepada mangsa meninggal dunia dan keluarga berdepan kehilangan,” katanya kepada Berita Harian.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen (JIM) digesa menjalankan siasatan ke atas pelawak solo wanita Singapura, Jocelyn Chia ekoran tindakan menghina serta mengeluarkan kata-kata kesat terhadap negara ini dalam persembahannya.

Naib Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), Koo Shiaw Lee berkata, ia kerana jenaka tidak sensitif seperti itu akan merosakkan hubungan baik di antara Malaysia dan Singapura.

“Tidak bermakna Singapura mempunyai hubungan diplomatik yang baik bersama Malaysia, pelawak itu dapat terlepas daripada tindakan undang-undang.

“Saya menyeru pihak PDRM dan JIM, menjalankan siasatan terhadap Jocelyn Chia ekoran tindakannya, kalau boleh sekat pasport beliau daripada memasuki Malaysia,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Beliau berkata, siasatan dan tindakan perlu dikenakan ke atas pelawak itu kerana perbuatannya menghina Malaysia menerusi jenaka dipersembahkan, mengundang kemarahan seluruh rakyat negara ini.

“Bagi saya, pelawak wanita Singapura yang bernama Jocelyn Chia itu tidak sepatutnya membuat jenaka mengenai tragedi kehilangan MH370.

“Itu sensitif kerana mangsa yang terbabit sudah mati dan ia boleh dikatakan seperti memperlekehkan ketenteraan Malaysia dalam misi MH370,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, Jocelyn Chia menerusi persembahan komediri bertajuk ‘Singapore vs Malaysia’ di New York, Amerika Syarikat baru-baru ini, memperlekehkan Malaysia.

Menerusi klip video dikongsikannya di Tik Tok dan tular di media sosial itu, dia menghina seorang penonton yang mengaku sebagai rakyat Malaysia dengan perkataan kesat.

Dia turut membandingkan Malaysia yang hanya bertaraf negara membangun, berbanding negara lebih maju selepas lebih 40 tahun berpisah dari Tanah Melayu.

Sepanjang rakaman video berdurasi 1 minit 29 saat itu, persembahannya juga mengandungi kata-kata dan memek muka memperlekehkan Malaysia.

Meskipun persembahan komedinya menerima tepukan penonton, rata-rata netizen menerusi ruangan komen platform terbabit, mengecamnya kerana dianggap keterlaluan.

Shiaw Lee berkata, jenaka wanita itu yang menyentuh mengenai kehilangan pesawat Malaysia, MH370 dengan mengatakannya ‘tidak mendarat’ juga keterlaluan.

“Video dimuat naik menerusi akaun TikTok @jocelynchiacomedy, menyaksikan pelawak itu menjadikan pembangunan Malaysia dan rakyat negara ini sebagai bahan jenaka,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya itu adalah ‘level’ (tahap) pelawak Singapura, ia memang menyedihkan kerana tidak setanding Malaysia.

“Menerusi video Jocelyn Chia, kononnya dalam 40 tahun Singapura menjadi ‘First World Country’. Namun saya hairan mengapa warga Singapura membuang air kecil di merata tempat?  Adakah ini sikap rakyat daripada First World Country?”

“Kenapa setiap hujung minggu masuk Johor Bahru seakan-akan nampak seperti ‘penyamun’ minyak petrol RON95. Adakah itu perangai negara ‘First Word Country’?” tegas Shiaw Lee.

Tindakan Jocelyn Chia itu menyaksikan pelawak popular tempatan, Datuk Afdlin Shauki beranggapan jenaka menyentuh kehilangan pesawat Malaysia, MH370 pada 2014 seperti dilontarkan individu terbabit amat melampaui batas.

Melalui komennya seperti dilaporkan Berita Harian, pengisian bahan lawak dipersembahkan Jocelyn Chia itu, tidak sepatutnya terjadi dan perlu dielakkan semua pelawak.

“Kalau pelawak itu berasal dari Malaysia, saya akan menegaskan kepadanya bahawa lawaknya melampaui batas, tetapi disebabkan pelawak berasal dari Singapura, saya tahu mereka jenis melawak ikut suka hati seperti sesetengah pelawak di luar negara.

“Bagi saya, kalau kita mahu melawak, ada hadnya, janganlah sampai mempersendakan peristiwa MH370. Kalau sampai peristiwa itu pun nak buat lawak, anda tidak sensitif kepada mangsa meninggal dunia dan keluarga berdepan kehilangan,” katanya. 

Sumber: Getaran

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

5,081 peneroka haram Israel serbu Masjid Al-Aqsa pada Jun – Laporan

Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.
  • IOF masih mengekalkan kawalan ketat ke atas akses sekitar Masjid Al-Aqsa, menyekat kemasukan orang Islam sambil memudahkan kemasukan peneroka haram di bawah perlindungan tentera.
  • Roya News melaporkan kehadiran IOF yang semakin meningkat di sekitar pintu Kota Lama berjaya mengubah kawasan tersebut menjadi sesuatu yang disifatkan pengkritik sebagai perkhemahan tentera (berek tentera).

Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.

IOF masih mengekalkan kawalan ketat ke atas akses sekitar Masjid Al-Aqsa, menyekat kemasukan orang Islam sambil memudahkan kemasukan peneroka haram di bawah perlindungan tentera.

Roya News melaporkan kehadiran IOF yang semakin meningkat di sekitar pintu Kota Lama berjaya mengubah kawasan tersebut menjadi sesuatu yang disifatkan pengkritik sebagai perkhemahan (berek) tentera .

Aktivis Palestin mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan itu dan menyifatkannya percubaan disengajakan untuk mengukuhkan kawalan ke atas Masjid Al-Aqsa dan menuntut kepentingan Yahudi pada elemen rohani dan sejarah tapak itu.

Mereka mengeluarkan gesaan supaya ditingkatkan kehadiran orang Islam di pekarangannya bagi menentang tindakan sedemikian dan melindungi tapak suci itu daripada pencerobohan selanjutnya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending