Connect with us

Antarabangsa

Panji Gumilang didakwa sebar ajaran sesat – Majlis Ulama Indonesia

Majlis Ulama Indonesia (MUI) menggesa pihak berkuasa menahan pengasas Pondok Pesantren Al Zaytun, Panji Gumilang dengan segera kerana didakwa menyebarkan ajaran sesat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Panji Gumilang didakwa sebar ajaran sesat – Majlis Ulama Indonesia
Foto: Pengasas Pondok Pesantren Al Zaytun, Panji Gumilang.
  • Majlis Ulama Indonesia (MUI) menggesa pihak berkuasa menahan pengasas Pondok Pesantren Al Zaytun, Panji Gumilang dengan segera kerana didakwa menyebarkan ajaran sesat.
  • Timbalan Setiausaha Agung Undang-undang dan Hak Asasi Manusia di MUI, Ikhsan Abdullah berkata, kajian MUI mendapati, wujud beberapa penyelewengan fahaman agama di Pondok Pesantren Al Zaytun, pimpinan Panji Gumilang.
  • Katanya, MUI menganggap Panji menghina Islam kerana ajaran yang disampaikannya di Yayasan Al Zaytun didakwa menyimpang dari syariat Islam.
  • “Kajian MUI yang dibentangkan pada 2002 menjelaskan Pondok Pesantren Al Zaytun terdedah kepada gerakan Negara Islam Indonesia (NII).
  • Menurutnya, kerajaan juga perlu campur tangan terutama dalam mengambil alih pengurusan Pondok Pesantren Al Zaytun ketika dalam proses perundangan.

Jakarta: Majlis Ulama Indonesia (MUI) menggesa pihak berkuasa menahan pengasas Pondok Pesantren Al Zaytun, Panji Gumilang dengan segera kerana didakwa menyebarkan ajaran sesat.

Timbalan Setiausaha Agung Undang-undang dan Hak Asasi Manusia di MUI, Ikhsan Abdullah berkata, kajian MUI mendapati, wujud beberapa penyelewengan fahaman agama di Pondok Pesantren Al Zaytun, pimpinan Panji Gumilang.

Katanya, MUI menganggap Panji menghina Islam kerana ajaran yang disampaikannya di Yayasan Al Zaytun didakwa menyimpang dari syariat Islam.

“Kajian MUI yang dibentangkan pada 2002 menjelaskan Pondok Pesantren Al Zaytun terdedah kepada gerakan Negara Islam Indonesia (NII).

“Kedua, Panji Gumilang menyatakan dengan jelas, al-Quran bukanlah kalam Allah tetapi qalam adalah kalam Nabi Muhammad SAW.

“Ketiga, haji tidak perlu ke Tanah Suci, tetapi ibadah di Al Zaytun sudah memadai. Ajaran ini menghina, menyeleweng dari syariat Islam serta menyebarkan berita yang tidak benar dan meruntuhkan akidah umat Islam,” katanya.

Selain itu, Ikhsan berkata, Panji Gumilang juga didakwa pernah menyampaikan kepada pengikutnya mengenai individu yang berzina boleh bertaubat dengan membayar sejumlah wang.

“Ini adalah hal yang bertentangan dengan ajaran Islam.

“Di situlah MUI melihat ajaran Panji Gumilang itu sesat. Inilah kewajipan MUI untuk menjadi Islam yang lurus dan baik,” katanya.

Menurutnya, kerajaan juga perlu campur tangan terutama dalam mengambil alih pengurusan Pondok Pesantren Al Zaytun ketika dalam proses perundangan.

“Nasib pelajar juga penting diambil kira kerana penyelewengan hanya dilakukan pentadbir yayasan.

“Sama ada pelajar akan dikembalikan kepada ibu bapa atau negeri.

“Kita harap kerajaan campur tangan menyelesaikan isu ini supaya tidak menimbulkan keresahan masyarakat, ” katanya.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *