Antarabangsa
Nilai pasaran pembedahan tukar jantina cecah USD3,171.3 juta menjelang 2032
Nilai pasaran dunia bagi pembedahan tukar jantina dijangka mencecah hingga 3171.3 juta Dolar Amerika menjelang 2032.
- Acumen Research and Consulting, April lalu menerbitkan laporan ‘saiz pasaran pembedahan tukar jantina’ yang dianggarkan mampu mencecah 3,171.3 Juta Dolar Amerika menjelang 2032.
- Prosedur penukaran jantina merupakan pembedahan penting dalam proses peralihan kebanyakan individu transgender.
- Ia melibatkan pelbagai prosedur antaranya pembedahan feminisasi muka, pembedahan suara, pembesaran payudara, dan pembinaan semula alat kelamin.
Nilai pasaran dunia bagi pembedahan tukar jantina dijangka mencecah hingga 3171.3 juta Dolar Amerika menjelang 2032.
Laporan Acumen Research and Consulting yang dikeluarkan April lalu menunjukkan kadar pertumbuhan pengkompaunan tahunan sebanyak 20.4 peratus dari 2023 hingga 2032. Ramalan saiz pasaran itu bermula dengan saiz data tahun 2022 yang dilaporkan mencecah 519.8 juta Dolar Amerika.
Faktor kadar peningkatan pasaran melibatkan beberapa perkara antaranya penerimaan sosial yang bertambah baik terhadap transgender, dan kemajuan yang ketara dalam prosedur pembedahan yang lebih cekap dan selamat.
Prosedur penukaran jantina merupakan pembedahan penting dalam proses peralihan kebanyakan individu transgender.
Ia melibatkan pelbagai prosedur antaranya pembedahan feminisasi muka, pembedahan suara, pembesaran payudara, dan pembinaan semula alat kelamin.
Pelaksanaan polisi kesihatan yang dilapor semakin baik dengan bertambahnya syarikat insuran yang mula melindungi pembedahan prosedur sebegini juga antara faktor peningkatan saiz pasaran tersebut.
Sumber: Globe Newswire