Antarabangsa
Menyamar wanita dan rakam imej tanpa persetujuan di tandas wanita, Ahli politik pro-LGBT mengaku salah
Seorang ahli politik Jepun mengaku bersalah dan disabitkan beberapa kesalahan jenayah seksual, termasuk memasuki tandas wanita sambil berpakaian seperti wanita untuk merakam imej tanpa persetujuan, lapor Reduxx.

- Seorang ahli politik Jepun mengaku bersalah dan disabitkan beberapa kesalahan jenayah seksual, termasuk memasuki tandas wanita sambil berpakaian seperti wanita untuk merakam imej tanpa persetujuan.
- Wataru Onishi, 42, sebelum ini memegang jawatan sebagai Setiausaha Jawatankuasa bagi Parti Komunis Jepun (JCP) di Wilayah Chiba, Jepun.
- Onishi sebelum ini dikenali kerana menyokong rang undang-undang pro-LGBT bertujuan mengekalkan identiti jantina yang diisytiharkan diri sendiri sebagai ciri yang dilindungi di Jepun.
Seorang ahli politik Jepun mengaku bersalah dan disabitkan beberapa kesalahan jenayah seksual, termasuk memasuki tandas wanita sambil berpakaian seperti wanita untuk merakam imej tanpa persetujuan, lapor Reduxx.
Wataru Onishi, 42, sebelum ini memegang jawatan sebagai Setiausaha Jawatankuasa bagi Parti Komunis Jepun (JCP) di Wilayah Chiba, Jepun.
Onishi sebelum ini dikenali kerana menyokong rang undang-undang pro-LGBT bertujuan mengekalkan identiti jantina yang diisytiharkan diri sendiri sebagai ciri yang dilindungi di Jepun.
Onishi ditahan pada 12 Januari lalu berhubung insiden voyeurisme (rasa kepuasan seksual melihat individu secara rahsia) di mana dia mengaku melakukan perbuatan itu di tandas awam wanita di stesen JR Nishi-Chiba.
“Insiden itu terdedah pada 21 November 2022 apabila panggilan dibuat kepada pihak berkuasa di Stesen JR Chiba mendakwa bahagian belakang seorang wanita telah diambil gambar dan lelaki yang mengambil imej voyeuristik itu telah ditahan.
“Anggota polis bergegas ke tempat kejadian. Apabila saya menyemak telefon pintar Wataru, saya menjumpai video (seorang wanita) yang dirakam secara rahsia. Apabila saya menyoalnya, dia mengaku melakukan jenayah itu,” kata seorang penyiasat pasukan polis Chiba.
Menurut laporan berita tempatan, Onishi menyamar sebagai seorang wanita ketika melakukan jenayah itu dalam cubaannya merakam mangsa di dalam tandas tanpa dikesan.
Ketika disoal semasa prosiding mahkamah, Wataru mengakui kesalahan itu dan berkata, “Dengan merendahkan maruah orang lain, saya merasakan bahawa saya mengawal dan mempunyai rasa keunggulan”.
Namun semasa pihak berkuasa menyiasat lelaki itu berkaitan voyeurismenya, didapati dia juga bertanggungjawab untuk satu jenayah seks lain, termasuk ancaman untuk merogol seorang wanita.
“Defendan telah ditangkap pada Januari kerana disyaki melakukan voyeurisme, tetapi hasil siasatan, tuduhan tambahan ditemui, jadi dia ditangkap semula pada Mac kerana disyaki merosakkan harta benda dan mengancam (seorang) mangsa,” kata penyiasat polis wilayah Chiba.
Sumber: Reduxx
Antarabangsa
AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel
Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

- Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
- Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
- Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.
Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.
Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.
Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.
Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas