Connect with us

Terkini

Lelaki warga India tikam teman wanita 18 kali kerana cemburu

Gara-gara cemburu, seorang lelaki warna India tergamak menikam sehingga 18 kali teman wanitanya menggunakan pisang pemotong buah di sebuah kondominium di Kelana Jaya di sini, Jumaat lepas. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lelaki warga India tikam teman wanita 18 kali kerana cemburu
Foto: Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid.
  • Gara-gara cemburu, seorang lelaki warna India tergamak menikam sehingga 18 kali teman wanitanya menggunakan pisang pemotong buah di sebuah kondominium di Kelana Jaya di sini, Jumaat lepas. 
  • Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, semuanya terbongkar selepas suspek yang berusia 30 tahun ditahan sepasukan Polis Bantuan Express Rail Link (ERL) Salak Selatan setelah menceroboh landasan dipercayai untuk membunuh diri, sehari selepas kejadian.
  • Beliau berkata suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut dan hasil soal siasat yang dijalankan, suspek mengaku membunuh teman wanitanya berumur 40 tahun yang juga warga India antara 4 petang hingga 6 petang, 2 Jun lalu. 

PETALING JAYA – Gara-gara cemburu, seorang lelaki warna India tergamak menikam sehingga 18 kali teman wanitanya menggunakan pisang pemotong buah di sebuah kondominium di Kelana Jaya di sini, Jumaat lepas. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, semuanya terbongkar selepas suspek yang berusia 30 tahun ditahan sepasukan Polis Bantuan Express Rail Link (ERL) Salak Selatan setelah menceroboh landasan dipercayai untuk membunuh diri, sehari selepas kejadian.

Beliau berkata, suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut dan hasil soal siasat yang dijalankan, suspek mengaku membunuh teman wanitanya berumur 40 tahun yang juga warga India antara 4 petang hingga 6 petang, 2 Jun lalu.

“Susulan itu, sepasukan polis telah ke lokasi seterusnya menemukan enam warga asing termasuk seorang wanita selain seorang lelaki tempatan di dalam unit kondominium terbabit,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, di sini, pada Jumaat.

Mohamad Fakhrudin berkata, suspek kemudian menunjukkan bilik mangsa sebelum polis kemudian menemukan seorang wanita dalam keadaan terbaring dengan berlumuran darah dan sudah tidak bernyawa selain menjumpai sebilah pisau dipercayai digunakan untuk membunuh.

Katanya, mangsa yang telah berkahwin dan mempunyai suami serta anak di India datang ke Malaysia bersama suspek kira-kira tiga bulan lepas menggunakan pas lawatan sosial.

Mangsa bekerja sebagai pendandan rambut di Kota Damansara manakala suspek sebagai pelayan restoran di sebuah kompleks beli-belah di ibu negara.

Beliau berkata, suspek bersama tujuh lagi penghuni kondominium berkenaan direman selama tujuh hari sejak 4 Jun lalu bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 kerana membunuh.

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *