Connect with us

Antarabangsa

Laporan Sweden anjur kejohanan seks adalah berita palsu

Laporan beberapa media minggu lalu mengatakan Sweden bakal menjadi negara pertama yang mengiktiraf seks sebagai sukan adalah palsu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Laporan Sweden anjur kejohanan seks adalah berita palsu
Foto: Keratan akhbar portal yang memburukkan nama Sweden atas kesalahan info.
  • Laporan beberapa media minggu lalu mengatakan Sweden bakal menjadi negara pertama yang mengiktiraf seks sebagai sukan adalah palsu.
  • Semakan The Merdeka Times (TMT) mendapati laporan menyatakan kononnya negara Skandinavia itu akan menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Seks Eropah di Gothenburg, Sweden pada 8 Jun 2023, adalah tidak benar. 
  • Semakan fakta TMT mendapati agensi berita Sweden, Goterborgs-Posten pada April lalu melaporkan Dragan Bratych membuat permohonan menjadi ahli Konfederasi Sukan Kebangsaan Sweden pada Januari lalu, namun permohonannya itu telah ditolak.

Laporan beberapa media minggu lalu mengatakan Sweden bakal menjadi negara pertama yang mengiktiraf seks sebagai sukan adalah palsu.

Semakan The Merdeka Times (TMT) mendapati laporan menyatakan kononnya negara Skandinavia itu akan menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Seks Eropah di Gothenburg, Sweden pada 8 Jun 2023, adalah tidak benar.

Semakan fakta TMT mendapati agensi berita Sweden, Goterborgs-Posten pada April lalu melaporkan Dragan Bratych membuat permohonan menjadi ahli Konfederasi Sukan Kebangsaan Sweden pada Januari lalu.

Dragan Bratych yang juga pengurus beberapa perniagaan kelab tarian bogel yang juga Pengerusi Persekutuan Seks Sweden dalam permohonan untuk mengklasifikasikan seks sebagai sukan, namun telah ditolak.

Sebuah laporan lain dikeluarkan saluran media Sweden iaitu P4 Jönköping, bertarikh 18 Januari lalu, memetik Pengerusi Konfederasi Sukan Kebangsaan Sweden, iaitu Björn Eriksson menjelaskan seks tidak akan diklasifikasikan sebagai sukan.

Laporan newschecker yang menghubungi ketua komunikasi dan akhbar Konfederasi Sukan Sweden, Anna Setzman turut menafikan laporan media antarabangsa yang menyatakan sebuah konfederasi seks dijadikan ahli kepada Konfederasi Sukan Kebangsaan Sweden.

Menyifatkan laporan itu sebagai berita palsu, beliau berkata maklumat yang tidak bertanggungjawab itu bertujuan untuk memburukkan sukan Sweden dan negara Skandinavia itu sendiri. – The Merdeka Times

Author