Connect with us

Antarabangsa

Kanak-kanak ‘sawan’ meninggal akibat digigit anjing rabies di Bali, Indonesia

Satu video yang menunjukkan seorang anak perempuan mengalami sawan dan tidak mahu meminum air tular di media sosial.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kanak-kanak ‘sawan’ meninggal akibat digigit anjing rabies di Bali, Indonesia
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Satu video yang menunjukkan seorang anak perempuan mengalami sawan dan tidak mahu meminum air tular di media sosial. Anak itu disebut dalam keadaan rabies (penyakit anjing gila) selepas digigit anjing peliharaannya sendiri.
  • Ketua Biro Komunikasi dan Kementerian Kesehatan Republik Indonesia, Dr Siti Nadia Tarmizi menjelaskan anak itu pada awalnya dirujuk ke RSUD Buleleng pada 10 Jun lalu. 
  • “Anak perempuannya sudah tidak berupaya minum, gelisah, dan takut angin,” kata Dr Nadia dipetik detikHealth semalam.
  • Kanak-kanak itu digigit anjing peliharaannya sebulan yang lalu dan menyebabkan beberapa luka goresan. Luka itu pada awalnya dicuci dengan sabun.

Bali – Satu video yang menunjukkan seorang anak perempuan mengalami sawan dan tidak mahu meminum air tular di media sosial.

Anak itu disebut dalam keadaan rabies (penyakit anjing gila) selepas digigit anjing peliharaannya sendiri.

Ketua Biro Komunikasi dan Kementerian Kesehatan Republik Indonesia, Dr Siti Nadia Tarmizi menjelaskan anak itu pada awalnya dirujuk ke Hospital Buleleng pada 10 Jun lalu.

Pada awalnya, kanak-kanak itu sempat dirawat di Hospital Tangguwisia.

“Anak perempuannya sudah tidak berupaya minum, gelisah, dan takut angin,” kata Dr Nadia dipetik detikHealth semalam.

Kanak-kanak itu digigit anjing peliharaannya sebulan yang lalu dan menyebabkan beberapa luka goresan.

Luka itu pada awalnya dicuci dengan sabun.

Ternyata anjing yang menggigit anak itu tidak pernah disuntik vaksin rabies.

“Dilaporkan ada 19,035 kes rabies dengan kematian iaitu manusia tiga kes,” katanya.

“Vaksinasi pada anjing 55 peratus, sebetulnya tersedia di klinik haiwan,” katanya.

Kanak-kanak itu dilaporkan meninggal dunia pada 11 Jun lalu kerana terlewat mendapatkan rawatan.

Kedua ibu bapa kanak-kanak itu tidak segera membawa mangsa ke klinik berdekatan selepas insiden digigit anjing.

Sumber: Detik Sumut

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *