Connect with us

Antarabangsa

Jocelyn Chia tetap tidak mengaku salah, sifatkan reaksi Malaysia melampau

Pelawak wanita, Jocelyn Chia yang mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia dengan melakukan gurauan sensitif mengenai tragedi MH370, dilihat seperti tidak berasa bersalah apabila masih menegaskan tindakannya adalah betul.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Jocelyn Chia tetap tidak mengaku salah, sifatkan reaksi Malaysia melampau
Pelawak wanita, Jocelyn Chia.
  • Pelawak wanita, Jocelyn Chia yang mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia melakukan gurauan sensitif mengenai tragedi MH370, dilihat seperti tidak berasa bersalah apabila masih menegaskan tindakannya adalah betul.
  • Wanita kelahiran Singapura itu menyifatkan reaksi pihak berkuasa Malaysia terhadap gurauan dibuatnya mengenai tragedi MH370 adalah sangat melampau.
  • Jocelyn menegaskan dia tidak mempersendakan insiden pesawat Malaysia Airlines MH370 dan mangsanya, sebaliknya cuba mencari kelucuan dalam tragedi itu.
  • Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah sebelum ini dilaporkan berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat permohonan kepada Polis Antarabangsa (Interpol) bagi mendapatkan maklumat dan lokasi terkini Jocelyn.
  • “Saya berharap dapat melihat wajah pegawai Interpol yang menerima permohonan PDRM untuk mengesannya.
  • “Sejujurnya, jika Interpol melakukan sesuatu mengenai permintaan ini dan perkara menjadi lebih buruk, bayangkan betapa ia menjadikan saya terkenal?,” kata Jocelyn dipetik BBC.

WASHINGTON: Pelawak wanita, Jocelyn Chia yang mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia dengan melakukan gurauan sensitif mengenai tragedi MH370, dilihat seperti tidak berasa bersalah apabila masih menegaskan tindakannya adalah betul.

Wanita kelahiran Singapura itu turut menyifatkan reaksi pihak berkuasa Malaysia terhadap gurauan dibuatnya mengenai tragedi MH370, adalah sangat melampau.

Lapor BBC, Jocelyn menegaskan dia `tidak mempersendakan insiden pesawat Malaysia Airlines MH370′ dan mangsanya, sebaliknya cuba mencari kelucuan dalam tragedi itu.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat permohonan kepada Polis Antarabangsa (Interpol) bagi mendapatkan maklumat dan lokasi terkini Jocelyn.

Katanya, permohonan itu bagi membantu siasatan berhubung video tular di laman media sosial.

Dilaporkan, Jocelyn bertindak keterlaluan dengan memperlekeh Malaysia dalam satu persembahan komedi, Singapore vs Malaysia yang diadakan di Manhattan, New York, baru-baru ini.

Dalam klip video dimuat naik menerusi akaun TikTok, pengisian bahan lawak dipersembahkan Jocelyn berbaur kata-kata menghina dan memek muka memperlekeh Malaysia.

Ia termasuk jenaka keterlaluan yang menyentuh mengenai kehilangan pesawat MH370 yang dikatakan tidak mendarat.

Dalam pada itu, Jocelyn menyifatkan penglibatan Interpol dalam isu berkenaan sebagai tidak masuk akal.

Malah, katanya, tindakan itu hanya akan menjadikannya amat popular.

“Saya berharap dapat melihat wajah pegawai Interpol yang menerima permohonan PDRM untuk mengesannya.

“Sejujurnya, jika Interpol melakukan sesuatu mengenai permintaan ini dan perkara menjadi lebih buruk, bayangkan betapa ia menjadikan saya terkenal?,” katanya.

Selain itu, Jocelyn menjelaskan gurauannya mengenai tragedi MH370 `diambil di luar konteks sebenar’ apabila ia tular dalam media sosial.

“Saya pernah melakukan perkara ini beratus kali, bahkan mempersembahkan versi lebih pendek di Singapura,” katanya.

Sementara itu, Interpol memaklumkan Malaysia tidak membuat sebarang permohonan untuk meminta agensi itu mengesan lokasi terkini Jocelyn.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *