Connect with us

Terkini

Jocelyn Chia biadab, kurang ajar – MB Johor

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyifatkan pelawak wanita kelahiran Singapura, Jocelyn Chia sebagai biadab dan kurang ajar.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Jocelyn Chia biadab, kurang ajar – MB Johor
Foto: Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
  • Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyifatkan pelawak wanita kelahiran Singapura, Jocelyn Chia sebagai biadab dan kurang ajar.
  • Beliau turut kecewa dengan sikap wanita itu yang menganggap tindakan melawak dengan menghina negara termasuk tragedi MH370 sebagai perkara biasa.
  • “Masih lagi nak menegakkan benang yang basah. Biadab dan kurang ajar,” katanya yang dimuat naik di akaun media sosial, semalam.
  • Jocelyn dilaporkan bertindak keterlaluan dengan memperlekeh Malaysia dalam satu persembahan komedi yang dipercayai diadakan di Manhattan, New York, baru-baru ini.

Johor Bahru: Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyifatkan pelawak wanita kelahiran Singapura, Jocelyn Chia sebagai biadab dan kurang ajar.

Beliau turut kecewa dengan sikap wanita itu yang menganggap tindakan melawak dengan menghina negara termasuk tragedi MH370 sebagai perkara biasa.

“Masih lagi nak menegakkan benang yang basah. Biadab dan kurang ajar,” katanya yang dimuat naik di akaun media sosial, semalam.

Jocelyn dilaporkan bertindak keterlaluan dengan memperlekeh Malaysia dalam satu persembahan komedi yang dipercayai diadakan di Manhattan, New York, baru-baru ini.

Menerusi klip video dimuat naik di media sosial, Chia turut membandingkan Malaysia yang hanya bertaraf negara membangun, berbanding Singapura yang lebih maju selepas lebih 40 tahun berpisah dari Tanah Melayu.

Lawaknya dianggap keterlaluan dan melampaui batas apabila menyentuh mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dikatakan ‘tidak mendarat’.

Hari ini, kerajaan Singapura dilapor memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berikutan tindakan melampau pelawak yang berasal dari negara itu.

Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon berkata beliau amat terkejut dengan kenyataan menyinggung yang dibuat oleh Chia dalam satu persembahan berkenaan.

Sumber: Harian Metro 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *