Connect with us

Terkini

Hak LGBTQ: Kedudukan dalam Indeks Trans Global buktikan Malaysia tegakkan undang-undang

Kedudukan Malaysia di tangga kedua dalam senarai negara paling teruk bagi transgender dalam Indeks Hak Trans Global menunjukkan negara ini menegakkan kedaulatan undang-undangnya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Hak LGBTQ: Kedudukan dalam Indeks Trans Global buktikan Malaysia tegakkan undang-undang
Foto: Pakar Perlembagaan, Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain.
  • Kedudukan Malaysia di tangga kedua dalam senarai negara paling teruk bagi transgender dalam Indeks Hak Trans Global menunjukkan negara ini menegakkan kedaulatan undang-undangnya.
  • Pakar Perlembagaan, Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, ini kerana undang-undang Malaysia menghalang dan menjenayahkan sebarang bentuk perlakuan atau kecenderungan terhadap LGBT.
  • “Jadi tak perlu melihat kenyataan tersebut dari aspek negatif, Malaysia dan semua negara perlu melihat penilaian itu dari sudut pematuhan rule of law di Malaysia bukannya pematuhan persepsi atau kehendak kumpulan tertentu yang dibuat bercanggah dengan undang-undang di Malaysia atau rule of law di Malaysia,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini pada Rabu.
  • Wan Ahmad Fauzi berkata layanan atau tindakan dikenakan terhadap kelompok itu, ketika ini, adalah wajar.
  • “Jika sekiranya, kita beri layanan istimewa kepada pihak ini, itu baru dikatakan diskriminasi kerana mereka melakukan kesalahan di bawah undang-undang negara seperti diperuntukkan oleh Penal Code dan enakmen kesalahan jenayah, maka boleh dihukum.”

KUALA LUMPUR — Kedudukan Malaysia di tangga kedua dalam senarai negara paling teruk bagi transgender dalam Indeks Hak Trans Global menunjukkan negara ini menegakkan kedaulatan undang-undangnya.

Pakar Perlembagaan, Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, ini kerana undang-undang Malaysia menghalang dan menjenayahkan sebarang bentuk perlakuan atau kecenderungan terhadap LGBT.

Katanya, penilaian dalam indeks global itu seharusnya dilihat secara positif dari sudut pematuhan undang-undang negara.

“Jadi tak perlu melihat kenyataan tersebut dari aspek negatif, Malaysia dan semua negara perlu melihat penilaian itu dari sudut pematuhan rule of law di Malaysia bukannya pematuhan persepsi atau kehendak kumpulan tertentu yang dibuat bercanggah dengan undang-undang di Malaysia atau rule of law di Malaysia,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan Indeks Hak Trans Global yang meletakkan Malaysia di kedudukan kedua, di belakang Guyana, dalam senarai negara paling teruk bagi transgender.

Menerusi data direkodkan dalam indeks itu, Malaysia mencatat -105 mata dengan rating ‘F’ di mana golongan transgender dikatakan berdepan pelbagai halangan dalam negara, sekaligus menjadi sasaran pihak polis.

Mengulas dakwaan laporan itu bahawa kelompok LGBTQ didiskriminasi di Malaysia, Wan Ahmad Fauzi berkata layanan atau tindakan dikenakan terhadap kelompok itu, ketika ini, adalah wajar.

“Jika sekiranya, kita beri layanan istimewa kepada pihak ini, itu baru dikatakan diskriminasi kerana mereka melakukan kesalahan di bawah undang-undang negara seperti diperuntukkan oleh Penal Code dan enakmen kesalahan jenayah, maka boleh dihukum.”

“Kenapa pula mereka yang melakukan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan perlu diberi layanan berbeza? Itu yang dinamakan diskriminasi,” katanya.

Wan Ahmad Fauzi yang juga Pensyarah International Institute of Islamic Thought and Civilisation (ISTAC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berkata kerajaan perlu mengambil pendekatan berbeza dalam menangani kelompok LGBT.

Menurutnya, kelompok songsang itu terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kelompok pertama iaitu penyerang, peliwat, pencabul dan lain-lain serta  kelompok kedua; iaitu mereka yang sukarela atau mempamerkan kecenderungan terhadap kelakuan itu.

Beliau berkata kelompok pertama perlu ditangani mengikut kesalahan jenayah biasa, manakala kelompok kedua perlu diberikan rawatan, pendidikan dan kaunseling. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *