Connect with us

Terkini

Kelompok LGBTQ tidak didiskriminasi di Malaysia – Wan Fayhsal

Kelompok LGBTQ tidak didiskriminasi di negara ini sebaliknya ia tindakan mempertahankan leluhur agama, budaya dan tradisi di Malaysia daripada anasir tidak sesuai dengan norma masyarakat di sini.

Hidayah Sani

Published

on

Kelompok LGBTQ tidak didiskriminasi di Malaysia – Wan Fayhsal
Foto: Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
  • Kelompok LGBTQ tidak didiskriminasi di negara ini sebaliknya ia tindakan mempertahankan leluhur agama, budaya dan tradisi di Malaysia daripada anasir tidak sesuai dengan norma masyarakat di sini.
  • Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata sekiranya kita dilihat zalim atau mendiskriminasi kelompok itu kerana mempertahan perkara sedemikian, maka ia bukanlah kesalahan.
  • Rakyat negara ini juga tidak perlu malu mengenai laporan Indeks Hak Trans Global meletakkan Malaysia di kedudukan kedua dalam senarai negara paling teruk bagi transgender.
  • “Tapi kalau ada contoh bukti kezaliman berbentuk fizikal membunuh mencederakan golongan LGBT itu kena ambil seriuslah teguran dibuat tapi saya tak pernah dengar lagi diskriminasi sebegitu,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini pada Rabu.
  • Wan Ahmal Fahysal berkata undang-undang sedia ada tidak cukup untuk membendung penyebaran ideologi LGBTQ yang semakin menular dan kompleks, justeru mencadangkan penggubalan akta anti propaganda LGBTQ.

KUALA LUMPUR — Kelompok LGBTQ tidak didiskriminasi di negara ini sebaliknya ia tindakan mempertahankan leluhur agama, budaya dan tradisi di Malaysia daripada anasir tidak sesuai dengan norma masyarakat di sini.

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata sekiranya kita dilihat zalim atau mendiskriminasi kelompok songsang itu kerana mempertahan perkara sedemikian, maka ia bukanlah kesalahan.

Menurutnya, rakyat Malaysia tidak perlu malu laporan Indeks Hak Trans Global  meletakkan Malaysia di kedudukan kedua, di belakang negara Amerika Selatan, Guyana, dalam senarai negara paling teruk bagi transgender.

Menerusi data direkodkan dalam indeks itu, Malaysia mencatat -105 mata dengan rating ‘F’ di mana golongan transgender dikatakan berdepan pelbagai halangan dalam negara, sekaligus menjadi sasaran pihak polis.

“Yang istimewa kita di peringkat  antara tercorotlah ya bersama negara-negara Islam lain. Jadi bagi saya kalau ia dibuat ataupun atas faktor-faktor yang menggugat syariat, institusi keluarga, privasi orang Malaysia bagi saya tiada apa yang kita nak malu alah dengannya.

“Tapi kalau ada contoh bukti kezaliman berbentuk fizikal membunuh mencederakan golongan LGBT itu kena ambil seriuslah teguran dibuat tapi saya tak pernah dengar lagi diskriminasi sebegitu,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini pada Rabu.

Wan Fayhsal berkata undang-undang sedia ada tidak cukup untuk membendung secara proaktif penyebaran ideologi LGBTQ yang semakin menular dan kompleks.

Tambahan lagi, katanya, ideologi itu juga disebarkan secara halus sebagaimana insiden koleksi jam tangan jenama Swatch bertemakan pelangi atau ‘Pride’, yang dikaitkan dengan komuniti LGBT.

Jadi saya usulkan berkenaan akta anti propaganda LGBT dalam apa jua bentuk secara tersurat ataupun tersirat yang boleh menggugat pendirian, pentafsiran, pemahaman tradisi, perkahwinan, keluarga dan kanak-kanak.

“Ia untuk menguatkan lagi undang-undang kita agar rakyat terlindung daripadanya (LGBT),” katanya.

Pada 13 dan 14 Mei lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dilaporkan menyerbu 11 kedai Swatch di pusat beli-belah seperti Pavilion KL, 1 Utama, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall dan Suria Sabah berhubung ‘Koleksi Pride’ jenama itu.

Lima kedai di pusat beli-belah di Alor Setar, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Johor Bahru dan Kuching diberikan amaran. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam hanya membisu ketika Firdaus Wong ‘diserang’

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.
  • Tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.
  • “Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?
  • “Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Ridhuan Tee berkata tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.

“Beliau nampak begitu keseorangannya. Kita hanya melihat dan menyokong dalam hati sahaja.  Golongan asatizah pun senyap, NGO-NGO Islam senyap. Bila berjumpa atau terserempak, baharulah berkata, “berani sungguh kamu, dan bagus sungguh kamu”. 

“Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?

“Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan bertindak terhadap pempengaruh dan pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. 

Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau mempersoalkan dalam Islam siapa yang boleh menahan atau mahu menahan sekiranya ada individu, termasuk kanak-kanak bawah umur atau pelajar sekolah rendah mahupun menengah yang ingin memeluk Islam.

Katanya, hanya undang-undang Malaysia atau perlembagaan sahaja tidak membenarkan kelompok bawah umur memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa melainkan mereka sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

“Proses pengIslaman tidak perlu kepada pendaftaran. Syahadahkan dia dahulu. Takkan strategi sebegini pun kita takut. Ini bumi siapa asal usulnya? Agama Islam berada dalam kedudukan di mana mengikut perlembagaan Persekutuan? 

“Apakah selepas ini kita menjadi tidak berani untuk berdakwah kepada pelajar bukan Islam di bawah umur? 

“Orang Kristian atau misionari Kristian relaks sahaja berdakwah kepada pelajar bawah umur, boleh pula. 

“Bila kena pada kita, berkaitan dengan Islam, semua tidak boleh, termasuk berdakwah kepada mereka di bawah umur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending