Terkini
Siapa tanggung kos pelajar tonton ‘Anwar The Untold Story’? – Apek Cina
“Siapa yang tanggung kos perbelanjaan pelajar-pelajar untuk menonton filem ini (Anwar The Untold Story ) di GSC Alamanda?”
- Demikian persoalan dibangkitkan peguam, Apek Cina atau nama sebenarnya Tai Zee How susulan tular surat jemputan pihak sekolah menyatakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjemput pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Putrajaya Presint 5 (1) untuk menonton tayangan eksklusif ‘Anwar The Untold Story’ di GSC Alamanda, pada Selasa lalu.
- Kalau Kerajaan bayar, itu duit rakyat dan tidak sepatutnya ia digunakan untuk bayar menonton filem berunsurkan politik seperti ini.
- Kalau individu bayar tidak patut pakai letterhead kerajaan(termasuk sekolah).
- “Apakah piawai pihak kerajaan (Menteri KPM dan sekolah) memilih untuk menjemput pelajar menonton sesuatu filem? Politik atau pendidikan?” kata Apek Cina menerusi hantaran di Facebook (FB) pada Khamis.
KUALA LUMPUR — “Siapa yang tanggung kos perbelanjaan pelajar-pelajar untuk menonton filem ini (Anwar The Untold Story ) di GSC Alamanda?”
Demikian persoalan dibangkitkan peguam, Apek Cina atau nama sebenarnya Tai Zee How susulan tular surat jemputan pihak sekolah menyatakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjemput pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Putrajaya Presint 5 (1) untuk menonton tayangan eksklusif ‘Anwar The Untold Story’ di GSC Alamanda pada Selasa lalu.
Apek Cina berkata sekiranya kos perbelanjaan itu ditanggung kerajaan, maka ia membabitkan duit rakyat dan tidak sepatutnya berlaku
Beliau berkata duit rakyat tidak sepatutnya diguna pakai untuk menampung kos menonton filem berunsurkan politik seperti itu.
Katanya, tidak sewajarnya juga ‘letterhead’ kerajaan (termasuk sekolah) diguna pakai dalam surat jemputan, sekalipun ada ‘individu’ tertentu menanggung kos tiket filem terbabit.
“Apakah piawaian pihak kerajaan (Menteri KPM dan sekolah) memilih untuk menjemput pelajar menonton sesuatu filem ? Politik atau pendidikan?
“Kalau satu hari orang buat filem yang puji-puji Najib Razak, adakah Menteri Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan konsisten menggunakan sumber kerajaan atau persendirian menjemput pelajar-pelajar untuk menonton? Saya sungguh kecewa!” katanya menerusi hantaran di Facebook (FB) pada Khamis.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menuntut penjelasan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkaitan surat jemputan itu semasa sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT), namun tidak dijawab. — The Merdeka Times
Sumber: Facebook Ulasan Apek Cina