Connect with us

Terkini

Sebaik-baiknya TH urus badal haji – Mufti Pahang

Seelok-eloknya Lembaga Tabung Haji (TH) yang menguruskan badal haji supaya ibadah yang dilakukan untuk individu yang sudah meninggal dunia itu dapat dilaksanakan dengan sempurna.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Sebaik-baiknya TH urus badal haji – Mufti Pahang
Foto: Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman.
  • Seelok-eloknya Lembaga Tabung Haji (TH) yang menguruskan badal haji supaya ibadah yang dilakukan untuk individu yang sudah meninggal dunia itu dapat dilaksanakan dengan sempurna.
  • Meskipun mengakui TH akan berdepan dengan kekangan untuk menguruskan badal haji tetapi Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman berpendapat, langkah itu sekurang-kurangnya dapat menangani penipuan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sejak sekian lama.
  • Apatah lagi, permintaan untuk melaksanakan badal haji semakin tinggi sekarang ini.
  • “Kalau Tabung Haji sendiri boleh menguruskan dan melaksanakan badal haji lebih baik walaupun saya akui TH juga tidak mungkin mampu menguruskannya disebabkan permintaan yang tinggi,” katanya kepada MalaysiaGazette.

KUALA LUMPUR – Seelok-eloknya Lembaga Tabung Haji (TH) yang menguruskan badal haji supaya ibadah yang dilakukan untuk individu yang sudah meninggal dunia itu dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Meskipun mengakui TH akan berdepan dengan kekangan untuk menguruskan badal haji tetapi Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman berpendapat, langkah itu sekurang-kurangnya dapat menangani penipuan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sejak sekian lama.

Apatah lagi, permintaan untuk melaksanakan badal haji semakin tinggi sekarang ini.

“Kalau Tabung Haji sendiri boleh menguruskan dan melaksanakan badal haji lebih baik walaupun saya akui TH juga tidak mungkin mampu menguruskannya disebabkan permintaan yang tinggi,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Lantaran itu, buat masa ini, Abdul Rahman meminta orang ramai kekal berhati-hati supaya tidak terpedaya dengan pakej badal haji murah dan tidak munasabah yang ditawarkan oleh pelbagai agensi.

Nasihatnya, orang ramai perlu membuat penelitian dan semakan terlebih dahulu sebelum mengambil pakej upah badal haji memandangkan berlaku peningkatan kos haji yang ditetapkan oleh Arab Saudi.

Selain itu, katanya, orang ramai yang mahu mengupah badal haji perlu benar-benar pastikan pihak yang diupah melaksanakan ibadah itu adalah individu yang betul iaitu penduduk tempatan di sana sahaja dan bukannya warga asing yang lain.

“Ini kerana Arab Saudi sudah menetapkan kadar kepada orang tempatan di sana, kena fikir logik bagaimana kos yang ditawarkan kepada kita boleh murah.

“Ada tawaran badal haji jika sekitar RM1,500 sehingga RM3,500, itu terlampau murah sedangkan harga asal permit haji yang lebih tinggi yang ditetapkan mencecah SR4,000 (RM4,800).

“Perlu diingat bahawa badal haji ini kita wakilkan atau mengupah individu lain untuk buat haji. Jadi seorang itu hanya boleh mengambil upah pergi haji untuk satu kepala sahaja.

“Kalau bagi upah kepada pelajar, juga berpandukan kepada syarat, juga mengikut kos permit mereka di sana,” jelas Abdul Rahman lagi. – MalaysiaGazette

Sumber: Malaysia Gazette

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *