Connect with us

Antarabangsa

Ribuan berhimpun di Kerala, bantah ideologi Hindutva & Islamofobia

Persekutuan Jama-ath Muslim Kerala (KMJF) mengadakan perhimpunan besar-besaran dan persidangan awam di Kollam pada Sabtu lalu. 

Wartawan TMT

Published

on

Ribuan berhimpun di Kerala, bantah ideologi Hindutva & Islamofobia
Foto: Persekutuan Jama-ath Muslim Kerala (KMJF) mengadakan perhimpunan besar-besaran dan persidangan awam di Kollam.
  • Persekutuan Jama-ath Muslim Kerala (KMJF) mengadakan perhimpunan besar-besaran dan persidangan awam di Kollam pada Sabtu lalu. 
  • Acara itu sebahagian ulang tahun ke-40 KMJF.
  • Ia menyaksikan ribuan umat Islam dari selatan Kerala berkumpul untuk menyuarakan kebimbangan mereka terhadap beberapa isu melanda masyarakat Islam di India.
  • Perhimpunan itu menentang cadangan Pendaftaran Warganegara (NRC) dan Kanun Sivil Seragam, keganasan terhadap madrasah dan masjid di seluruh India dan fasisme Hindutva serta Islamofobia.

Persekutuan Jama-ath Muslim Kerala (KMJF) mengadakan perhimpunan besar-besaran dan persidangan awam di Kollam pada Sabtu lalu. 

Menurut laporan Maktoob, acara dianjurkan sebagai sebahagian ulang tahun ke-40 KMJF itu menyaksikan ribuan umat Islam dari selatan Kerala berkumpul untuk menyuarakan kebimbangan mereka terhadap beberapa isu melanda masyarakat Islam di India.

Pemimpin KMJF semasa berucap kepada ribuan kadernya (kumpulan kecil yang dilatih untuk menjadi teras sesuatu organisasi), bersuara menentang cadangan Pendaftaran Warganegara (NRC) dan Kanun Sivil Seragam, keganasan terhadap madrasah dan masjid di seluruh India dan fasisme Hindutva serta Islamofobia.

Perhimpunan itu menyaksikan peserta menaikkan slogan menentang Hindutva dan menyeru perlindungan hak minoriti agama terbesar di India itu.

Persekutuan Jama-ath Muslim Kerala ialah sebuah badan Dakshina Kerala Jami-yyathul Ulama iaitu kumpulan Muslim terbesar di tengah dan selatan Kerala.

Ketua Menteri Kerala Pinarayi Vijayan, Ketua Liga Muslim Kesatuan India PK Kunjalikutty, Ahli Parlimen NK Premachandran, Presiden Dakshina Kerala Jamiatul Ulama KP Abubakar Hazrat, Setiausaha Agung Todiyur Muhammad Kunj Maulavi, Presiden Negeri Persekutuan Jamaat Muslim Kerala, Kadaikal Abdul Aziz Maulavi dan yang lain berucap di hadapan hadirin.

Pinarayi Vijayan menuduh Sangh Parivar (kumpulan nasionalis Hindu) cuba mencipta imej palsu Kerala dan menggunakan strategi fasis untuk mengulangi pembohongan. 

Beliau juga mendakwa Sangh Parivar cuba menenggelamkan perayaan keagamaan itu menggunakan darah.

Menurut Pinarayi, Sangh Parivar menyalahgunakan seni untuk meneruskan agendanya dan mencipta generasi tanpa merasai sejarah itu. 

Beliau juga menyatakan Kerala sentiasa menghalang pelampau agama daripada kehidupan rakyatnya.

Pinarayi juga menyatakan beliau bimbang mengenai pengecualian Gandhiji, Nehru dan Maulana Abdul Kalam Azad daripada buku teks. 

Beliau menegaskan negara tidak berhasrat untuk mengecualikan sejarah daripada buku teks tetapi untuk mengajar mereka mengikut teori Sangh Parivar.

Sumber: Maktoob

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

EVALI: Paru-paru pengguna vape 19 tahun seperti ‘kaca pecah’

Seorang remaja wanita di Amerika Syarikat (AS) terpaksa dibantu menggunakan alat bantuan pernafasan (ventilator) selepas tabiatnya menghisap e-rokok (vape) menyebabkan paru-parunya mengalami keradangan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto : Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang remaja wanita di Amerika Syarikat (AS) terpaksa dibantu menggunakan alat bantuan pernafasan (ventilator) selepas tabiatnya menghisap e-rokok (vape) menyebabkan paru-parunya mengalami keradangan.
  • Daily Mail melaporkan gadis berusia 19 tahun itu ke jabatan kecemasan dengan bacaan demam yang tinggi, kesukaran bernafas dan kekurangan oksigen dalam darah.
  • Remaja wanita itu pada awalnya didiagnosis dengan pneumonia (radang paru-paru) bakteria teruk yang menyebabkan dirinya dirawat menggunakan antibiotik.
  • Imbasan dilakukan menunjukkan bintik-bintik lut sinar seperti ‘kaca pecah’ di paru-parunya, menunjukkan paru-parunya dipenuhi cecair dan tanda berlakunya kerosakan tisu.
  • Mereka akhirnya bertanya sama ada remaja wanita itu pengguna e-rokok dan selepas mengenepikan Covid dan pneumonia disebabkan bakteria sebagai punca, dia didiagnos dengan Kerosakan Paru-Paru Berkaitan Penggunaan Produk E-rokok atau Vape (EVALI).

Seorang remaja wanita di Amerika Syarikat (AS) terpaksa dibantu menggunakan alat bantuan pernafasan (ventilator) selepas tabiatnya menghisap e-rokok (vape) menyebabkan paru-parunya mengalami keradangan.

Daily Mail melaporkan gadis berusia 19 tahun itu ke jabatan kecemasan dengan bacaan demam yang tinggi, kesukaran bernafas dan kekurangan oksigen dalam darah.

Remaja wanita itu pada awalnya didiagnosis dengan pneumonia (radang paru-paru) bakteria teruk yang menyebabkan dirinya dirawat menggunakan antibiotik.

Doktor kemudiannya bingung apabila rawatan antibiotik itu tidak menghasilkan kesan positif.

Imbasan dilakukan menunjukkan bintik-bintik lut sinar seperti ‘kaca pecah’ di paru-parunya, menunjukkan paru-parunya dipenuhi cecair dan tanda berlakunya kerosakan tisu.

Mereka akhirnya bertanya sama ada remaja wanita itu pengguna e-rokok dan selepas mengenepikan Covid dan pneumonia disebabkan bakteria sebagai punca, dia didiagnos dengan Kerosakan Paru-Paru Berkaitan Penggunaan Produk E-rokok atau Vape (EVALI).

EVALI menjadi kebimbangan selama bertahun-tahun di negara itu apabila kadar penggunaannya dalam kalangan remaja dilihat melonjak.

Laporan kesihatan awam menunjukkan sekitar 2,800 pesakit dimasukkan ke hospital disebabkan EVALI pada 2020, 15 peratus kes membabitkan remaja, isyarat bermulanya wabak kecil kes EVALI di seluruh AS.

Wanita muda itu mengalami gejala selama seminggu sebelum ke hospital, termasuk bacaan demam yang tinggi sehingga menggigil, batuk dan sesak nafas semasa berehat. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending