Connect with us

Terkini

Pertingkat peranan wanita dalam isu perubahan iklim – Tengku Hassanal

Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, mahu peranan wanita dalam membuat keputusan berkaitan mitigasi menangani perubahan iklim perlu dipertingkat dan suara mereka didengari.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pertingkat peranan wanita dalam isu perubahan iklim – Tengku Hassanal
Foto: Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
  • Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, mahu peranan wanita dalam membuat keputusan berkaitan mitigasi menangani perubahan iklim perlu dipertingkat dan suara mereka didengari.
  • “Adalah penting untuk memastikan suara wanita didengar dan mereka terbabit dalam semua peringkat membuat keputusan terutama pada peringkat perancangan hingga pelaksanaan.
  • “Selain itu, adalah penting juga untuk memastikan wanita mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan reproduktif dan keperluan kesihatan mereka diambil kira dalam penyesuaian perubahan iklim,” titah baginda ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Kali Ke-30 Associated Country Women Of The World (ACWW) di sini hari ini.
  • ACWW adalah organisasi antarabangsa yang berpangkalan di United Kingdom bagi wanita luar bandar dan bandar, dengan keahlian 10 juta di lebih 84 negara.

PUTRAJAYA: Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, mahu peranan wanita dalam membuat keputusan berkaitan mitigasi menangani perubahan iklim perlu dipertingkat dan suara mereka didengari.

Baginda bertitah, perubahan iklim turut memberi kesan kepada golongan wanita, tetapi mereka sentiasa tidak dilihat termasuk dalam proses membuat keputusan itu.

“Adalah penting untuk memastikan suara wanita didengar dan mereka terbabit dalam semua peringkat membuat keputusan terutama pada peringkat perancangan hingga pelaksanaan.

“Selain itu, adalah penting juga untuk memastikan wanita mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan reproduktif dan keperluan kesihatan mereka diambil kira dalam penyesuaian perubahan iklim,” titah baginda ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Kali Ke-30 Associated Country Women Of The World (ACWW) di sini, hari ini.

Turut berangkat, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

ACWW adalah organisasi antarabangsa yang berpangkalan di United Kingdom bagi wanita luar bandar dan bandar, dengan keahlian 10 juta di lebih 84 negara.

Tengku Hassanal bertitah, dengan menangani impak perubahan iklim kepada gender, ia boleh mencipta masa depan seimbang dan lestari untuk semua.

“Usaha ini (mengangkat peranan wanita) adalah kerja yang sudah dilakukan ACWW pada peringkat tempatan, kebangsaan dan antarabangsa serta akan dilakukan dengan baik dari semasa ke semasa,” katanya.

Baginda bertitah, seperti yang ditekankan ACWW dalam banyak kenyataan dan aktivitinya, perubahan iklim boleh memberi impak ketara terhadap kesihatan wanita terutama mereka yang berada di kawasan kerap berlaku bencana alam.

“Penduduk Malaysia dijangka mencecah 38.4 juta menjelang 2050, sekali gus akan meningkatkan tekanan terhadap sumber alam serta perubahan iklim

“Negara kita rumah kepada kawasan hutan hujan tropika ketiga terbesar di dunia selepas Brazil dan Republik Congo. Namun penebangan hutan kekal isu utama dalam negara.

“Anggaran keluasan tanah negara dilindungi hutan sebanyak 46 peratus pada 2015, semakin menurun berbanding 62 peratus pada 1950-an,” titah baginda.

Tengku Hassanal bertitah, negara ini sangat mudah terkesan dengan perubahan iklim termasuk kenaikan paras laut, kekerapan cuaca melampau selain perubahan corak hujan.

“Impak ini boleh memberi kesan ketara kepada ekonomi negara terutama sektor pertanian dan pelancongan, namun masih belum terlambat untuk mengambil tindakan.

“Amalan pengurusan sumber alam secara lestari perlu dilaksanakan dalam usaha mengurangkan kesan perubahan iklim dan memelihara bumi untuk generasi akan datang,” titah baginda. – Berita Harian

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *