Terkini
PAS cabar Zahid undur jika BN-PH kalah PRN
PAS mencabar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk berundur secara terhormat sekiranya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) kalah Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.
- PAS mencabar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk berundur secara terhormat sekiranya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) kalah Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.
- Perkara itu disuarakan Ketua Penerangan PAS Pusat, Khairil Nizam Khirudin sebagai membalas kenyataan Ahmad Zahid sebelum ini yang mencabar Perikatan Nasional (PN) untuk menggunakan PRN sebagai kayu pengukur sokongan rakyat.
- “PAS memandang serius cabaran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar Pengerusi PN menggunakan Pilihan Raya Negeri sebagai kayu ukur sokongan rakyat.
- “Andai PH-BN tersungkur, TPM perlu berundur secara terhormat,” katanya dalam kenyataan, semalam.
- Ahad lalu, Ahmad Zahid mencabar Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menggunakan PRN sebagai platform bagi menentukan tahap sokongan rakyat.
BANGI – PAS mencabar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk berundur secara terhormat sekiranya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) kalah Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.
Perkara itu disuarakan Ketua Penerangan PAS Pusat, Khairil Nizam Khirudin sebagai membalas kenyataan Ahmad Zahid sebelum ini yang mencabar Perikatan Nasional (PN) untuk menggunakan PRN sebagai kayu pengukur sokongan rakyat.
“PAS memandang serius cabaran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar Pengerusi PN menggunakan Pilihan Raya Negeri sebagai kayu ukur sokongan rakyat.
“Andai PH-BN tersungkur, TPM perlu berundur secara terhormat,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Menurut Khairil, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) membuktikan Barisan Nasional (BN)-UMNO merekodkan keputusan terburuk dalam sejarah kerana hanya tinggal 30 kerusi Parlimen sahaja.
Bahkan, katanya, UMNO sendiri hanya memiliki 28 kerusi Parlimen dan jumlah itu adalah pencapaian terburuk buat Ahmad Zahid selaku presiden parti berkenaan.
“Dengan pelbagai isu yang menyakitkan rakyat melingkari kerajaan PH-BN dan tunduknya UMNO kepada DAP, pastinya ahli UMNO akan mengalih sokongan kepada PN.
“Peralihan sokongan ini juga ditambah dengan perbalahan pembahagian kerusi antara UMNO dan DAP di beberapa negeri hingga ramai ahli UMNO kini bertekad menentang UMNO secara terbuka.
“PAS yakin kemelut yang berlaku dalam PH-BN selain kelemahan pentadbiran Perdana Menteri yang terlalu ketara akan dihukum rakyat dalam PRN ini,” katanya.
Ahad lalu, Ahmad Zahid mencabar Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menggunakan PRN sebagai platform bagi menentukan tahap sokongan rakyat.
“Saya ucapkan selamat maju jaya kepada beliau dan gabungan parti beliau. Marilah kita sama-sama membuktikan pada keputusan PRN di enam negeri nanti, siapakah yang lebih diterima rakyat,” kata Zahid.
Sumber: Ismaweb